Ilustration Picture: pinterest |
Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu
BESI KUNING
Besi kuning merupakan besi yang jarang dijumpai. Ia dipercayai berasal sarang lebah yang berbentuk seperti kepompong kecil dan ada lubangnya sebesar lubang jarum,biasanya ada di atas gunung. Di dalam kepompong itulah terdapat sepasang besi berwarna kuning, yang disebut dengan istilah Besi Kuning.
Ada orang yang mengatakan bahawa keris Taming Sari menggunakan campuran besi kuning selain enam besi yang lain.
BESI KURSANI
Besi Kursani dikatakan merupakan besi asli yang paling kuat. Dikatakan juga, besi kursani ditarik dari kerak bumi . Menurut kata orang tua-tua, besi kursani sama kejadiannya dengan besi yang ada dalam tubuh manusia.
BESI KERIS
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau.
Keris merupakan satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.
Sang Guna adalah orang pertama di zaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal.
Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut. Raja Islam pertama di Brunei, iaitu Awang Alak Betatar atau Sultan Mohammad Syah, dikatakan pernah ke gunung Kinabalu untuk menumbangkan seekor seladang bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya.
Semasa memburu seladang itu, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Baginda telah menemui besi tahi bintang. Besi itu ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam.
Menurut cerita, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang di pinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh.
TAHI BESI
Besok saya akan menceritakan tahi besi dalam masyarakat melayu bagainama kegunaan dalam masyarakat melayu berkenaan dengan tahi besi!