Ilustrasi Gambar: republika
SALASILAH KESULTANAN MELAKA & UTHMANIYYAH YANG DIBAWA LARI INGGERIS
Satu lembaran salasilah yang begitu menarik yang menghubungkan sultan-sultan Melaka & sultan-sultan Uthmaniyyah kini berada di Inggris Raya (UK). Tidak diketahui siapa yang membuat salasilah ini, yang pastinya beliau seorang pakar ilmu salasilah. Barangkali seorang ulama Tanah Melayu. Tahun salasilah ini dibuat diyakini sezaman dengan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) kerana salasilah Sultan Uthmaniyyah dalam lembaran ini berakhir pada Sultan Abdul Hamid II. Mengikut lembaran ini, salasilah sultan Melaka & sultan Uthmaniyyah bertemu pada Yafith bin Nuh, anak Nabi Nuh Ų¹ŁŁŁ Ų³ŁŲ§Ł
Di Eropah, semasa Portugis & Sepanyol baru keluar dari zaman kegelapan, mereka sedang berhadapan dengan zaman kegemilangan Usmaniyyah (Ottoman). Jadi menyerang Usmaniyyah bukanlah satu tindakan yang bijak. "Jika tidak mampu membunuh seekor naga, putuskan dulu ekornya".....Dengan sebab itu, Alfonso de Albuquerque telah mengeluarkan ucapan-ucapan seperti berikut :-
Sebagai perbandingan kehilangan kota ini merupakan kerugian yang lebih besar berbanding kehilangan nyawaku dari segi khidmat kepada Tuhan, Penguasa kita dan Raja Portugal, yang berkuasa ke atas kita. Kota ini adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-ubatan dan kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya, dan ianya wujud di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang adalah orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan juga di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice.
Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat Islam akan dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh lagi dengan sendirinya.
Dan jika kita mengambil yang satu ini (Kota Melaka) juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai negara lagi untuk menyara mereka.
Dari sini (Kota Melaka) lada-lada lebih banyak di ambil ke Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan hanya setengah pusingan kunci, laluan ini akan ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi penguasa bagi seluruh perdagangan ini.
Catatan Fernao Lopes De Castanheda
I
ni adalah kota utama dalam wilayah-wilayah ini, yang kaya dalam perdagangan, yang telah menjadikan umat Islam kaya raya dan berkuasa di rantau ini. Kita tidak dapat melakukan khidmat yang lebih besar kepada Tuhan dan kepada Raja, penguasa kita, selain mengambil alih daripada orang Islam perdagangan ini dan dengan itu menghalang mereka daripada memiliki kekayaan mereka, dan menjadikannya milik kita
Catatan Gaspar Correia