Perwarisan harta yang mengikut adat Dt. Parpatiah Nan Sabatang (Minangkabau), dikatakan memihak lebih kepada wanita dan tidak menepati syarat. Apa pandangan ustadz?
Yang dapat warisan hanya wanita saja, lelaki tak mendapatkan warisan. Lelaki bilikpun tak dapat, tidurpun di surau. Ini adalah adat tradisi jahiliyah.
Kata siapa? Kata orang yang jahil. Dia tak faham. Tanya dulu baik-baik.
Saya orang Minangkabau, misal. Merantau ke suatu negeri, maka di negeri ini sayapun kaya raya. Selepas saya kaya raya, banyak harta. Apakah harta saya hanya untuk anak perempuan saja sehingga anak laki-laki mesti merantau pula ke tempat yang jauh?