![]() |
Pict: Phinemo |
-Bagian 1
FB Megat Hisemudin Megat Kasim - Kita tahu Srivijaya[1] adalah empayar kerajaan Melayu yang gah dari abad ke 7 - 14. Melalui batu bersurat atau prasasti Kedukan Bukit yang dijumpai di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke Sungai Musi, Sumatera Selatan pada tahun 1920 mengesahkan kewujudan Srivijaya pada abad ke 7 lagi.
Sebenarnya telah wujud sebuah kerajaan Melayu yang lebih awal daripada Srivijaya iaitu Champa.[2] Mengikut catatan China, Champa telah wujud pada abad ke 2 lagi iaitu di tahun 137.
Sebuah prasasti yang tidak bertulis tarikh tetapi dikatakan wujud pada abad ke 4 ditemui pada tahun 1936 di Đông Yen Châu yang terletak di sebelah barat Trà Kiệu, Vietnam sekarang tidak jauh dari Indrapura,[3] ibukota kerajaan Champa. Ia ditulis dalam bahasa Cam dengan menggunakan tulisan Brahmin Selatan Kuno.