Rabbanians | Bila kita baca kisah Perjanjian Hudaibiyah, pasti akan terjumpa berkenaan isu perkataan bismillah, apabila wakil Quraisy Suhail bin Amr telah membantah ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan Ali bin Abi Talib untuk menulis بسم الله الرحمن الرحيم pada awal text perjanjian tu, kerana dia tidak pernah dengar atau tahu tentang perkataan itu sebelum ini. Sebaliknya dia meminta untuk ditulis Bismik Allāhumma بسمك اللهم dan Rasulullah s.a.w kemudiannya bersetuju.
Dari episod kecil ini kita boleh faham bahawa frasa بسم الله الرحمن الرحيم tidak digunakan oleh orang Arab pada zaman sebelum Islam. Kebelakangan ini beberapa bukti fizikal dalam bentuk ukiran dalam tulisan Paleo-Arabic(tulisan Arab pra Islam) telah menguatkan kisah yang dicatatkan ini. Terjemahan kandungan tulisan-tulisan yang dijumpai di sekitar Tabuk dan Ta'if itu adalah seperti berikut :
1. Bismik Rabbanā(dengan nama tuhan kami) saya Ḥanẓalah ibn ʻAbd ʻAmr, saya menyeru agar bertaqwa kepada Allah(أوصي ببر الله )
2. Bismik Rabbanā saya ʻAbd Al-'Uzza ibn Sufyān,saya menyeru agar bertaqwa kepada Allah(أوصي ببر الله ).
3. Bismik Allāhumma, saya ʻAbd Shams ibn al-Mughīrah, memohon keampunan untuk dosanya.
4. Bismik Allāhumma, saya Ḥabīb ibn ʻAwf.
Seperti yang boleh dilihat, tiada satu pun menggunakan frasa بسم الله الرحمن الرحيم., dan nama-nama penulis kebanyakannya nama-nama jahiliah (ʻAbd Shams, ʻAbd ʻAmr, ʻAbd Al-'Uzza)
Inskripsi no 1 tu agak menarik, ianya berkemungkinan ditulis oleh sahabat Nabi, Hanzalah ibn Abi 'Amir, yang masyhur dengan kisahnya syahid di medan Uhud dalam keadaan tidak sempat mandi junub dan jenazahnya dimandikan oleh malaikat. Disebabkan pada inskripsi tu ditulis Hanzalah ibn ʻAbd ʻAmr(ʻAbd ʻAmr merupakan nama jahiliyyah) instead of Abi Amir iaitu laqab nya, pakar-pakar epigraphy berpendapat yang ianya ditulis sebelum Hanzalah memeluk Islam.
Menarik betul bila ikut perkembangan epigraphy ni. Terutamanya bila ada penemuan-penemuan yang menguatkan sumber-sumber bertulis tradisional.
Oleh: Abdullah Ashraf R