Ilustrasi gambar: wikipedia |
FB Seri Cendikiawan - Raja Sankrata ( 1253M-1267M ) merupakan raja pertama Jawaka yang memeluk agama Islam dengan memakai gelaran Raja Aminuddin. Puteranya iaitu Sang Tawal juga beragama Islam dengan gelaran Raja Abdullah. Selepas kalah dalam perang dengan Sukhotai, mereka telah mendirikan sebuah Kerajaan di Bukit Panau Kelantan dimana Putera Sang Tawal iaitu Raja Bharubasha menjadi raja dengan gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda merupakan Raja Kelantan pertama yang memakai gelaran Sultan. Raja Bharubasha telah mengahwinkan anaknya iaitu Puteri Saadong II dengan pemerintah Champa yang bernama Che Bong Nga.
“Genap setahun kerajaan Malayur ditubuhkan, Raja Sakranta telah turun dari takhta pada 1267 dan menabalkan puteranya, Raja Tilam dengan gelaran Raja Malawika yang turut popular dengan gelaran Sang Tawal. Raja Sakranta pula ingin mendalami ajarah Buddha dengan Tok Longghe, Sami [Pendeta] Besar Buddha ketika itu, Sang Tawal bersama Tok Longghe telah mengembara ke Pulau Sumatera dengan niat untuk membentuk semua persekutuan Bangsa Melayu melalui kaedah diplomasi. Akhir sekali, Raja Sakranta tidak lagi pulang ke Malayur menetap Samudera dengan menjadi penasihat kepada Raja Samudera, Al Malikus Salleh, di sana Raja Saktran dikenali sebagai Raja Syarah, Raja Sarha malah baginda turut digelar sebagai Raja Muhammad atau Sultan Muhammad.”
Raja Sankrata telah turun takhta pada tahun 1267M, dan menyerahkan takhta tersebut kepada puteranya iaitu Sang Tawal selepas setahun baginda menukarkan nama Jawaka kepada Malayur. Baginda telah mengembara bersama Tok Longghe untuk mendalami agama Buddha tetapi akhirnya baginda memeluk agama Islam dan tinggal di Samudera Pasai yang pada waktu itu dipimpin oleh Sultan Malik As Saleh atau Meurah Silu.
Sang Tawal telah memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Malayur dari Kilatan (Kelantan) ke Phattalung berdekatan dengan Ligor. Baginda telah menamakan Kerajaan ini sebagai Kerajaan Malayur. Perpindahan pusat pemerintahan ini dilakukan untuk menghadapi serangan Sukhotai yang semakin mengganas menawan kawasan orang Melayu. Pada tahun 1295M, Sukhotai telah berjaya mengusir Sang Tawal dari Ligor menyebabkan baginda terpaksa memindahkan sekali lagi ibu kota Langkasuka (Malayur) ke Pattani iaitu kawasan yang lebih selatan. Puteri Baginda iaitu Arduja Wijayamala Singha Cik Siti Wan Kembang I telah menubuhkan angkatan tentera yang terdiri daripada balu dan wanita untuk menentang Sukhotai. Cik Siti Wan Kembang telah berjaya memenggal Raja Sukhotai iaitu Rama Khamheang.
=================
Baca juga: