Ilustrasi gambar: wikipedia |
FB Sarah Zakaria - Yap Ah Loy mendapat kebenaran dari Frank Swettenham membangunkan Kuala Lumpur pada 1881 selepas banjir besar melanda pada tahun tersebut. Tetapi pejabat pemerintahan Selangor telah dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880. Malah pada 1882, jalan raya utama ialah Jalan Damar Sara (Damansara) telah ada malah mengunjur ke Pudu dan Ampang. Jalan tak berapa utama juga telah ada menuju Batu Caves.
Nak buat jalan elok yang rentas hutan berbelas batu masa tu tak mungkin makan hanya beberapa bulan. Tambahan lagi, berapa sangtlah duit geran Malay States sumbangan Frank Swettenham untuk Ah Loy membina pekan kecil yang boleh mengatur rumah-rumah candu di kluster kampung berbagai sub etnik Melayu yang kini dipenuhi pekerja lombong imigran negara tirai bambu.
Damar Sara terletak di kuala Sungai Damansara hari ini berhampiran Sri Muda. Batu Tiga merupakan '3rd Miles' untuk jalan ini dalam jajarannya menuju Kuala Lumpur. Bukan dari Shah Alam yer. Shah Alam hanya mula dibangunkan dalam tahun 1960an.
Lebih lama dari itu, Kuala Lumpur membawa maksud kuala sebatang sungai yang berlumpur (Sungai Batu + Sungai Gombak) yang tentulah jika anda tahu, tak berlumpurnya sungai kalau hanya kerana gajah yang berkubang. Tentulah kerana aktiviti manusia. Apatah lagi dengan melombong bijih dengan kaedah lampan yang diterangkan dalam paparan sebelum ini.
Kewujudan Damar Sara di tebing utara Sungai Klang dan Pandamaran di tebing selatan, kini di Klang, menunjukkan wujud saingan membentuk sempadan antara orang Minang dan orang Mandailing di Lembah Klang pada ketika itu dalam celah-celah sepak terajang pembesar-pembesar setempat.
Kewujudan jalan raya dari Ampang yang diketahui medan perlombongan Sutan Puasa, ke Damar Sara menunjukkan ia adalah inisiatif di pihak orang Mandailing yang mengelakkan penggunaan laluan Sungai Klang.
Pendek kata, perbandingannya begini, Bangsar dibuka sebagai kebun getah oleh seorang peneroka yang mempunyai 100 orang pekerja. Seorang pemaju yang memajukan Bangsar boleh mengakui dia memajukan Bangsar. Tetapi itu adalah kesempatan yang tiba setelah pemilik estet memberi peluang selepas katakan harga getah jatuh merudum. Apatah si pemaju pula mandur kepada para pekerja. Si pemaju tidak boleh mendabik dada mengatakan dialah yang memajukan Bangsar apatah lagi yang membuka Bangsar. Kerana peluang tersebut diperolehi atas kabelnya semata-mata dengan pemilik estet. Bukan atas perit jerih membuka kawasan tersebut.
Boleh jadi jika 'Yap Kwan Cheong' yang majukan, Kuala Lumpur menjadi lebih indah, lebih tersusun dan lebih menarik hari ini?
Begitulah adanya jua
Kredit - MatGeo
====================
Baca Juga: