Ilustration Pict: freemalaysiatoday |
"Melayu pendatang."
Rasa nak marah kan bila Cina dan India memanggil Melayu Pendatang. Nampak macam sengaja menghina.
Arwah Datuk saya keturunan Bugis, menetap di Riau. Selepas tamat diploma di Politeknik Shah Alam, ayah mengajak saya untuk melawat datuk di Riau. Ketika melawat muzium saya pelik apabila melihat gambar Sultan Johor. Gambar Almarhum Sultan Johor dalam buku teks sejarah Tingkatan 4@5. (Rujuk Rajah 1)
"Eh, ni sultan Johor ni Tok."
"Dulu moyang kita kerja dengan istana. Jadi panglima."
Bila difikirkan kembali ada benarnya kerana Riau berada di bawah pemerintahan Sultan Johor ketika itu. Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Dari masa dakwaan Malayu pendatang dari Indonesia.
Lihat dari sejarah Kuala Lumpur sendiri. Sejak saya mengetahui Kuala Lumpur dibuka Yap Ah Loy dalam buku Sejarah Sekolah kebangsaan, sungguh saya pelik. Dimana logiknya tanah didiami majoriti bangsa Melayu dibuka oleh pendatang dari China?
Kini para sejarawan sebenarnya sudah mengiktiraf Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur. Sutan Puasa merupakan usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Sumatera, Indonesia.
Ini diakui Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia di Vancouver, Kanada, Terry McGee. McGee sendiri banyak membuat penyelidikan mengenai proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).
Jika hendak dikatakan Melayu pendatang sejujurnya agak kelakar. Kerana sebahagian Indonesia ketika itu adalah di bawah jajahan Johor.[1]
Selalu menyertai pertandingan menulis memaksa saya untuk menggali jurnal sejarah. Menariknya percanggahan fakta sejarah wujud sejak dulu lagi. Percanggahan ini biasanya berlaku kerana bangsa. Sebagai contoh Kapitan Yap Ah Loy yang didakwa sebagai pengasas Kuala Lumpur. Namun disembunyikan fakta bahawa Yap Ah Loy juga merupakan ketua kongsi gelap yang membenarkan judi, pelacuran dan arak berleluasa di Kuala Lumpur.
Begitu juga fakta yang mendakwa Kuala Lumpur 3 kali hancur disebabkan Melayu. (Rujuk Rajah 2) Disembunyikan fakta bahawa Yap Ah Loy berperang dengan Chong- Chong demi mendapatkan jawatan Kapitan. Begitulah, Raja melayu berebut kuasa, Cina melihat peluang. Tak jauh berbeza dengan situasi MCA juga DAP.
Sebenarnya, sejarah amat seronok dibaca, apatah lagi dibaca dari penulis berbeza bangsa kerana anda pasti akan melihat percanggahan fakta. Beberapa fakta menarik Kuala Lumpur saya sertakan dibawah. Jangan menuduh saya 'bias' kerana sumber adalah dari penulis berbangsa selain saya yang Melayu.
Fakta menarik Yap Ah Loy
1. Pada tahun 1860, Raja Asal telah menjadi ketua orang Melayu di Selangor, manakala Sultan Puasa telah bertanggungjawab sebagai ketua kampung di Ulu Klang, yang berperanan sebagai tempat perlombongan terpenting di Kuala Lumpur pada masa itu.
Sumber : J.M. Gullick, ‘The Growth Of Kuala Lumpur And Of The Malay Community In Selangor Before 1880’, h. 15
2. Yap Ah Loi monopoli penjualan Opium (dadah) dan hak eksklusif perjudian. (Rujuk Rajah 3; Sumber The Editor of Encyclopedia Britannica)
3. Residen Davidson turut menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan HC Syers untuk membantu Yap Ah Loy menewaskan penentang-penentangnya di kawasan Hulu Langat.
Sumber : Ernest Chew, ‘Frank Swettenham And Yap Ah Loy: The Increase Of British Political ‘Influence’ In Kuala Lumpur, 1871-1885’, h.73
4.Kedudukan Yap Ah Loy sebagai kapitan Cina di Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada beliau untuk berbaik-baik dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Yap Ah Loy diberikan hak melombong bijih timah di negeri Selangor. Yap Ah Loy turut diberi anugerah oleh Sultan yang membawa kepada gelaran Dato.
Sumber : L.F. Comber, ‘Chinese Secret Societies in Malaya: A survey of the Triad Society from 1800 to 1900’, h. 204
========================
Catatan Kaki oleh Admin:
[1] Kami rasa hanya sebagian pesisir timur pulau sumatera beserta pulau-pulau disekitarnya.