Disalin dari kiriman webblog: zulsegamat.wordpress.com
Orang Yahudi adalah sebahagian daripada Bani Israel atau Bani Israil (yakni ‘Israelites’). Bani Israil dan Bani Ismail (sebahagian besar Arab) adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. Mereka dikenali sebagai bangsa Semitik (keturunan daripada Sam atau Sem, salah seorang daripada anak Nabi Nuh a.s.).Bani Israil berasal dari 12 anak Nabi Yakub (nama lain: Israil)[1]. 12 anak Nabi Yakub ini yang membentuk 12 suku Bani Israil:
1. Reuben, [Q; Rubail]
2. Simeon, [Q; Syam'un]
3. Levi, [Q; Lawi]
4. Judah, [Q; Yahudza/Yahuda/Yahudi]
5. Issachar, [Q; Yasjur]
6. Zebulun, [Q; Rubalun]
7. Dan, [Q; Dan]
8. Napthali, [Q; Naftali]
9. Gad, [Q; Jad]
10. Asher, [Q; Asyir]
11. Joseph, [Q; Yusuf]
12. Benjamin. [Q; Bunyamin]
[13. Serta Nabi Ya'kub memiliki 2 (dua) orang puteri yakni; Dinah dan Yathirah[2]]
Suku Joseph (yakni keturunan Nabi Yusuf) terbahagi kepada 2 suku lagi iaitu:
1. Ephraim, dan
2. Manasseh.
Amacam… boleh follow tak? Harap boleh yer.
Kita sambung lagi…
Bani Israil pada asalnya hidup di Mesir. Sekitar abad ke-13 Sebelum Masihi (kira-kira 3300 tahun yang lalu). Nabi Musa memimpin Bani Israil keluar dari Mesir ke Kanaan.[3] Di Kanaan Bani Israil telah dapat mendirikan sebuah negara sendiri. Nabi Daud dan seterusnya Nabi Sulaiman adalah raja Bani Israil.[4]
Selepas Nabi Sulaiman wafat (kira-kira tahun 931 SM), Negara Bani Israil berpecah: 10 suku di utara, 2 suku (Judah [Yahudi] dan Benjamin [Bunjamin]) dan suku Levi [Lawi] di selatan.[5]
Negara utara dihapuskan oleh Assyria[6] pada tahun 722 SM. Maka 10 suku pun jadi ‘Lost Tribes’.
Negara selatan dihapuskan oleh Babylon[7] pada tahun 587 SM dan penduduk Judah [Yahudi], Benjamin [Bunjamin] dan Levi [Lewi] telah dibawa ke Babylon kebanyakannya sebagai buruh dan hamba.
Pada tahun 539 SM, Parsi[8] menawan Babylon dan membebaskan suku Judah [Yahudi], Benjamin [Bunjamin] dan Levi [Lewi]. Maka mereka telah kembali ke tanah Kanaan selepas itu.
Mereka yang kembali ke Kanaan membina semula kuil suci dan membina agama yang dikenali sebagai Agama Yahudi[9] yang dipimpin oleh golongan Rabbi. Di situlah bermulanya penyelewengan ke atas kitab Taurat (‘Torah’). Yang membawa kekeliruan ialah perkataan ‘Yahudi’ yang tidak membezakan konsep-konsep ‘Jews’, ‘Judaism’ dan ‘Judea’.
‘Jews‘ adalah konsep etnik, merujuk kepada ‘Orang Yahudi’ (Bahasa Hebrew: Yehudi). Di zaman pemerintahan Rom [Romawi], kawasan selatan Palestin dinamakan sebagai Judea (Bahasa Hebrew: Yehuda).
Nama ‘Judea‘ diambil dari ‘Judah’ (Yehudah) sebab situ adalah kawasan suku Judah. Orang yang hidup di Judea dinamakan sebagai ‘Judean’. Kemudian istilah ‘Judean’ ini jadi ‘Jew’ dalam Bahasa Inggeris.
‘Judaism‘ adalah konsep kepercayaan, merujuk kepada ‘Agama Yahudi’ (Bahasa Hebrew: Yahadut). Tak semua ‘Jews’ itu penganut ‘Judaism’. Ada juga ‘Jews’ sekular, ‘Jews’ ateis (seperti Albert Einstein dan Mark Zuckerberg) dan ‘Jews’ beriman seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.
Setiap kali Al-Quran menyebut tentang ‘Yahudi’, ia merujuk kepada ‘Agama Yahudi’ kerana ia disebut bersama-sama dengan Nasrani dan Islam.[10]
Maka,
Jew = Yahudi = Orang Yahudi atau penduduk Judea;
Judaism = Yahadut = Agama Yahudi;
Judah = Yehudah = Yahudza (anak Nabi Yakub).
Nabi Zakaria, Yahya dan Isa bukan penganut agama Yahudi (Judaism) tapi mereka adalah ‘Jews’. Tapi kedua-dua istilah ‘Judaism’ dan ‘Jews’ dikenali sebagai ‘Yahudi’ dalam Bahasa Arab dan Melayu. [12]
Begitulah sedikit sebanyak adanya
Allahu’alam.
====
Rujukan:
Bible (terjemahan King James Version) selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran
Imam Shahrastani, Kitab al-Milal wal Nihal (terjemahan Inggeris)
Dr. Ahmad Syalabi, Muqaranah al-Adyan: al-Yahudiyyah (terjemahan Bahasa Indonesia)
=================
* Kata dan kalimat dalam tanda [] ditambahkan admin
________________
Catatan kaki oleh Admin:
[1] Israel atau dalam naskah asli Bahasa Rab Israil, berasal dari kata 'Isra' yang berarti Hamba Allah dan 'il' yang berasal dari kata 'illah' yang berarti 'tuhan' atau 'Allah'. Israil (Israel) berarti Hamba Allah yang merujuk kepada gelar kepada Nabi Ya'kub'. Selengkapnya DISINI. Ada juga yang menafsirkan bahwa 'Israel' sebagai orang yang melakukan perjalanan di malam hari. (Selengkapnya klik DISINI) Hal ini karena Nabi Ya'kub memiliki sengketa yang tak berkesudahan dengan saudaranya yang bernama Ish dan ayahnya Nabi Ishaq menyuruh Ya'kub untuk hijrah ke rumah kerabat ibunya di Negeri Fadan A'raam yang terletak di Irak sekarang (selengkapnya klik DISINI). Mendengar kepergian Ya'kub, Ish tak senang hati dan berusaha mengejarnya. Guna menghindari kejaran saudaranya ini, Ya'kub memilih untuk melakukan perjalan di malam hari dan beristirahat di siang hari.
[2] Selengkapnya baca DISINI
[3] Tanah Kan'an adalah Palestina sekarang. Kan'an sendiri merupakan nama dari cucu Nabi Nuh.
[4] Menurut versi Injil-yang disebut umat Kristen Indonesia dengan Alkitab- disebutkan bahwa sebelum didirikannya kerajaan, kedua belas suku Israel hidup dalam bentuk konfederasi. Kemudian diputuskanlah untuk mendirikan kerajaan bersatu (Israel Raya) dengan Saul dari Suku Bunjamin sebagai raja pertama.
[5] Kerajaan Utara dikenal dengan nama Kerajaan Israel yang terdiri atas sepuluh suku. Sedangkan Kerajaan Selatan dikenal juga dengan Kerajaan Yahuda. Kerjaan Israel Raya pecah setelah kematian Nabi Sulaiman dan penolakan terhadap anaknya Rahabeam sebagai pengganti Sulaiman. Daud sendiri berasal dari Suku Yahudi
[6] Asyyria atau Assyur merupakan sebuah kerajaan yang berpusat di Sungai Tigris Irak.
[7] Babilonia terletak diantara Sungai Tigris dan Eufrat yang wilayahnya berada di Negara Irak sekarang.
[8] Persia, sebagian besar wilayahnya berada dalam negara Iran sekarang
[9] Agama Yahudi sesungguhnya tidak ada, yang ada ialah suatu ajaran (ajaran para nabi) yang diselewengkan oleh pemuka-pemuka (rabi) mereka yang dianut oleh Suku Yahudi.
[10] Orang Yahuda atau dikesempatan lain digunakan kata Ahli Kitab. Bukan Agama Yahudi
[11] Negara Israel sekarang merujuk kepada Keturunan Yahuda
[12] Nabi Zakaria, Yahya, dan Isa berasal dari Suku Yahuda mereka ialah para nabi penganut Agama Tauhid yang mendapat Syari'at dari Allah S.W.T