Gambar: Ibnu Rusdi |
Bayangkan suatu kumpulan masyarakat Islam yang terputus dari dunia Islam yang lain. Orang Champa suatu bangsa yang berkaitan dan berhubungan dengan bangsa Melayu di nusantara Alam Melayu. Taburan penduduk Cham wujud di Vietnam dan Kemboja.
Malah sebenarnya kerajaan-kerajaan orang Chamlah yang berkuasa di wilayah-wilayah Vietnam, sebelum mereka ditolak ke selatan sehingga dihapuskan pada tahun 1835 bilamana kerajaan Champa terakhir dilenyapkan Vietnam.
Ada juga orang Cham yang berugama Hindu, yaitu orang Cham Balamon. Yang lain umumnya mengamalkan ugama Islam dengan berbagai penyelewengan.
Orang Cham Bani mendiami Vietnam dan Kemboja. Oleh kerana mereka kurang cerdik pandai ugama sejak berkurun lama, pemahaman ugama diwarisi dari nenek moyang yang memang Muslim hanyalah berupa mengikuti kelakuan dan upacara tanpa penghayatan yang melintasi pandangan mata. Hubungan yang hampir tiada dengan dunia luar sejak sekian lama bermakna tidak kenal kaitan ugama Cham Bani dengan Islam yang dibawa nabi Muhammad
Masyarakat ini bersembahyang dan ada masjid. Bulan Ramadhan mempunyai makna bagi kaum ini
Perempuan-perempuan Cham Bani juga menutup aurat, dan yang lelaki bersunat. Walau bagaimanapun yang diwajibkan salat lima waktu sehari hanyalah Imam-imam mereka.
Yang lain sembahyang seminggu sekali. Puasa dalam bulan Ramadhan bagi orang awam pun bukan pada keseluruhan bulan, hanya pada hari-hari tertentu seperti hari pertama. Surah-surah dan khutbah yang dibaca Imam untuk khutbah termasuklah alfateha, dan tiga Qul, walaupun orang Cham Bani tidak kenali al-Quran yang jadi sandaran umat Islam seluruh dunia.
Disalin dari kiriman FB Nggantheng