Negeri Sembilan Nan Dahulu

Ilustrasi Gambar: Merah Putih


Oleh kerana ada yang buat lawak bahawa Nilai sebenarnya dalam Selangor, meh sini aku nak ajar sejarah sikit.

Negeri Sembilan dapat nama sebenarnya dari sembilan negeri (atau luak) yang bersekutu. Sembilan negeri tersebut adalah Jelai, Jelebu, Johol, Klang, Naning, Rembau, Segamat, Sungai Ujong dan Ulu Pahang.
Pada tahun 1773, keluasan Negeri Sembilan adalah jauh lebih besar dari sekarang (rujuk peta). Ini merangkumi kawasan yang kini merupakan sebahagian dari Selangor (Klang dan Sungai Ujong), Pahang (Ulu Pahang), Melaka (Naning) dan Johor (Segamat).
Di Selangor contohnya, jajahan Negeri Sembilan merangkumi Bangi, Semenyih, Kajang dan Banting. Di Pahang, sampai ke Triang sana. Di Melaka pula hingga ke Alor Gajah. Manakala di Johor sebahagian besar daerah Segamat adalah asalnya milik Negeri Sembilan.
Jadi pada sesiapa yang buat cerita Nilai dalam Selangor semata-mata nak pertahankan Kardashian Kelantan dan suaminya, harap berhati-hati. Jangan sampai Negeri Sembilan buka balik sejarah dan rujuk isu ni ke mahkamah antarabangsa untuk tuntut kembali wilayah-wilayah yang asalnya milik Negeri Sembilan.
Masa tu, Selangor bukan saja tak dapat Nilai tapi KLIA pun boleh terlepas jadi Negeri Sembilan International Airport.

Disalin dari kiriman FB Muhammad Najib

Tidak ada komentar:

Posting Komentar