Orang Melayu dulu melaksanakan hukuman bunuh yg dinamakan SALANG. Orang yg dijatuhi hukuman ini ditikam melalui celah tulang selangka kemudian ditusuk terus menembus jantung. Kemudian keris yang digunakan itu ditarik keluar dan luka tempat tikaman dikesat dgn kapas atau kain buruk. Keris yg digunakan utk hukuman ini dinamakan keris penyalang.
Semasa hari hukuman Salang dilakukan, pesalah [terpidana] diikat tangannya kebelakang, matanya ditutup dan duduk berlutut. Seorang Penghulu, 12 orang panglima, Bendahara dan Kadhi hadir dihari hukuman Salang dijalankan. Beberapa orang saksi dibawa kehadapan Bendahara. Setelah sahih [benar/terbukti] bahwa tertuduh betul-betul melakukan kesalahan, maka hukuman salang dijatuhkan. Dua orang panglima berdiri disisi terhukum, sambil memegang tubuh orang yang hendak disalang.
Biasanya hukuman ini dijalankan pada hari Jumaat satelah selesai sembahyang Jumaat. Disatu tempat khas diatas sebuah bukit, dibina [dibuat/didirkan] pentas dan dipasang langit-langit . Hadirin dibenar menyaksikan semasa hukuman dijalankan. Semasa hukuman dijalankan suasana menjadi sunyi sepi tiada kicauan burung, hadirin tidak berani berkata-kata . Hujan panas turun berderau alamat akan berlaku mati berdarah.
Kadhi meminta terhukum mengucap dua kalimah syahadat. Datuk Petanda menghunus keris penyalangnya dan meletakan segumpal kapas diatas lekuk bahu kiri pesalah. Keris ditikam secara miring dalam anggota badan pesalah sehingga kehulu keris. Mata keris dicabut keluar dalam masa yang sama gumpalan kapas kekal dilekuk bahu kiri ditekap agar darah tidak memancut keluar. Terhukum akan meraung dan menggigil dengan kuatnya, sungguh menyeramkan. Terhukum akan dahaga yang amat sangat dan diberi minum sebelum menghembuskan nafas yang akhir. Segala hadirin akan beredar dan urusan pengkebumian dijalankan. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain.
Melalui hukuman ini terhukum mati kerana luka parah pada organ dalaman yang vital yakni jantung, sementara anggota tubuh luar masih sempurna. Sebab itu pengembara Barat yang melihat hukuman ini dijalankan kagum kerana di Barat mangsa [korban] hukuman bunuh [hukuman mati], tubuh, badan, terutama wajah akan cedera .
Disalin dari kiriman FB Riff ben Dahl