Ilustrasi Gambar: Wikipedia |
Hikayat Tanah2 Besar Melayu
Asal usul bangsa Melayu
Sebermula maka adalah kedudukan tanah-tanah besar Melayu atau yang dinamai dalam bahasa Inggeris Malayan Peninsula itu iaitu sebelah utaranya sampai kepada Pulau Hujung Salang dan di sebelah tenggaranya sampai kepada Hujung Tanjung Rumina atau Tanjung Penyusuk maka adalah tanah besar itu di bahagikan antara dua puluh satu (21) bahagian jajahan iaitu:
Jajahan-jajahan sebelah barat Kedah, Jajahan Inggeris di Melaka, Muar, Seberang Perai, Selangor, Perak, Barat Johor
Jajahan-jajahan sebelah timur Johor, Kelantan, Pahang, Patani, Terengganu, Pulau-pulau Kemaman dan sebagainya, Singgora
Maka adalah asal-asal orang yang mendiami tempat-tempat yang tersebut itu daripada bangsa Jakun asalnya. Maka lebih dahulu daripada bangsa Jakun itu ada pula suatu bangsa lain yang duduk dalam tanah Melayu itu yang di sebutkan orang bangsa Siamang yang ada pada masa ini tinggal di hulu-hulu Kedah. Maka sifatnya berlainan yakni rambutnya kuning dan bahasanya berasing-asing sekali. Maka bangsa itu sama sebangsa dengan orang Papua tetapi beribu-ribu tahun orang Jakun itu sudah di buang di Samoa.
Maka pada zaman purbakala orang Melayu itu seperti Jakun juga kemudian setengahnya sudah masuk Asalaama Ų§Ų³ŁŲ§Ł
dengan pengajaran Saidi-saidi daripada bangsa Arab. Maka oleh sebab mereka itulah bangsa Melayu ini telah melalui menjadi jinak dan telah mengerti akan hal tanam menanam dan sebagainya maka pada zaman itu apabila mereka itu belum lepas Minangkabau.
Maka dalam bangsa Jakun itu adalah dengan berjenis namanya iaitu ada yang di sebutkan Orang Sakai dan Orang Laut dan Orang Benua dan Orang Selitar dan Orang Rakyat. Maka kehidupan mereka itu sebelum di ketahuinya darihal tanam menanam padi iaitu daripada buah-buah kayu di hutan rimba dan binatang-binatang seperti kera dan babi hutan atau ular besar-besar dan senjatanya daripada Ipoh. Maka halnya sama seperti Orang Dayak di Brunei dan seperti hal Orang Batak di Pulau Perca melainkan orang Dayak dan Batak itu ada jadi lebih baik dan berhalus adatnya.
Adapun Jakun-jakun yang diam di Bukit Pancur di Melaka itu asalnya oleh negeri juga tetapi apabila makin orang di sebelah Laut itu menjadi pandai dan kuat maka makin lama orang sebelah Hulu meninggalkan tempatnya lalu lari masuk ke hutan. Demikianlah halnya mereka itu menjadi orang Jakun sehingga berubahlah adat mereka itu dan bahasa mereka itu dan pakaian mereka itu dan akhirnya di gelarkan orang bangsa Jakun melainkan dahulu-dahulu segala orang baik Jakun dan Mentara dan Selitar sama juga sebangsa dengan orang Melayu. Akan tetapi bangsa Siamang itu sahaja berlainan sebab bangsa itu sudah ada lebih lama keturunannya pada zaman dahulu.
Syahdan adapun Jakun yang di sebutkan dalam hikayat pelayaran A’bada Allaha yang tempatnya di Hulu Pahang itu bukannya demikian kerana pekerjaan mereka itu membawa gading dan kemenyan dan rotan di jualnya atau di tukarnya dengan barang-barang kepada orang-orang dalam negeri. Maka mereka itu telah biasa dengan orang-orang Melayu dan mengetahui bahasa Melayu dan ia memakai pakaian Melayu. Maka darihal perkara yang tersebut di atas ini adalah mereka itu berlainan sedikit daripada Jakun yang di Melaka itu.
Adapun darihal asal usul bangsa Melayu ini yang diam di tanah-tanah itu adalah kebanyakan sangka-sangka orang masing-masing dengan ikhtiarnya. Ada yang berkata asalnya Melayu ini tumbuhnya dari Johor dan ada yang berkata dari Pulau Perca kerana tiadalah ada kepada mereka itu barang kenyataan daripada kitab-kitab yang di karangkan oleh bangsa Melayu itu dengan sebenarnya.
Tetapi pada fikiran orang berilmu (alim) adapun asalnya Melayu itu dari Minangkabau kerana sampai sekarang itu pun orang di Pulau Perca di luar Minangkabau biasa jawab “Sahaya orang Melayu tidak tuan sahaya orang hulu betul”. Maka agamanya Asalaama Ų§Ų³ŁŲ§Ł dan rupa sifatnya orang Melayu.
Maka adalah kitab Taaja Al Salaathoyana ŲŖŲ§Ų¬ Ų§ŁŲ³ŁŲ§Ų·ŁŁ dan sejarah Melayu dan Salaalata Al Salaathoayana Ų³ŁŲ§ŁŲ© Ų§ŁŲ³ŁŲ§Ų·ŁŁ adalah tersebut seperti di atas tetapi yang seperti kami boleh baca daripada karangan orang yang pandai-pandai yang sudah menyelidikkan darihal rahsia negeri-negeri itu mengatakan. Adapun bangsa Melayu itu datangnya dari Minangkabau di Pulau Perca datang pindah ke Palembang berseberangan di Pulau Bangka lalu diam di Sungai Melayu yang mengelilingi bukit Seguntang Maha Meru.
Dan Sang Nila Utama yang bergelar Seri Teri Buana pun berajalah di sana maka ialah cucunda raja Shuran ŲµŁŲ±Ų§Ł yang turun menurun daripada Raja Iskandar Zulqarnain Raja Maqodunia Ł ŁŲÆŁŁŲ§ (maka seperti nama kedua-kedua raja ini tiadalah betul melainkan cerita orang sahaja dan keturunan daripada Iskandar Zulqarnain Raja Maqodunia itu pun tiada betul juga hanya cerita sahaja). Maka ayahanda baginda Raja Sang Sapurba menjadilah raja duduk di atas tahta kerajaan Minangkabau dan Palembang. Hataya maka lama kelamaan ia pun datanglah hendak membangunkan kerajaan Singapura adanya.
Hataya telah berapa lamanya Seri Teri Buana berkerajaan di Singapura maka baginda berputera dua (2) orang laki-laki keduanya. Yang tua raja Kecil Besar namanya, yang muda raja Kecil Muda namanya dan Demang Lebar Daun pun hilanglah. Maka anaknya Demang Lebar Daun di rajakan baginda di Bentan bergelar Tun Telanai. Hataya negeri Singapura pun besarlah dagang pun banyak datang berkampung terlalu ramai bandar pun terlalu makmur adanya.
Setelah Betara Majapahit iaitu raja Hindu mendengar Singapura negeri besar rajanya tiada menyembah pada baginda dan raja Singapura itu saudara sepupu pada baginda. Maka Betara Majapahit pun menyuruh utusan ke Singapura menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan menyerang Singapura itu. Seratus (100) buah jong lain dari itu beberapa jongkong tiada terhisabkan lagi banyaknya maka di titahkan Betara Majapahit seorang hulubalang yang besar itu akan panglimanya Demang Wiraja namanya maka ia pun berlayarlah ke Singapura.
Hataya maka raja Singapura pada zaman itu bernama Seri Iskandar Syah maka ialah yang kemudian naik kerajaan di Singapura. Pada tiga (3) tahun lamanya ia melawan orang Majapahit akhirnya pada tahun 1252 ia pun kalah dan undur pada suatu tempat di tepi laut sebelah barat maka di situlah ia buka negeri baharu di namakan Melaka. Maka dengan bijaksana ia memerintahkan negeri Melaka itu maka negeri itu menjadi makmur maka ia mangkat pada tahun 1274.
Maka rakyatnya banyaklah kasih kepada baginda dan musuhnya takut akan baginda mula-mula baginda kalah akhirnya baginda menang jadi besar daripada dahulu sebab berani hatinya dan pandai serta bijaksana pada hal memerintahkan negeri dan rakyat. Maka baginda itu belumlah masuk Asalaama Ų§Ų³ŁŲ§Ł
melainkan sungguh rakyat banyak sudah masuk Asalaama. Kemudian dua (2) tahun ia mangkat maka cucunda Mahamada Ł
ŲŁ
ŲÆ Syah menggantikan kerajaannya serta ialah yang mula-mula masuk Asalaama pada tahun 1276.
Maka pada fikiran orang yang punya karangan ini kerana sebab dialahkan oleh orang Majapahit yang ikut agama Hindu maka orang Melayu itu condong hatinya akan percaya agama Asalaama. Maka pada zaman Mahamada Syah yang pertama ia menetapkan undang-undang dan keluarkan hukum kuningan yang melarangkan orang kecil memakai kuning adanya.
Syahdan bermula-mula kali yang ada tersebut fasal agama Asalaama Ų§Ų³ŁŲ§Ł
dalam negeri-negeri sebelah sini iaitu ada tahun 1100 maka pada tahun 1276 Sultan Mahamada Syah di Melaka telah masuk Asalaama seperti yang tersebut dalam sejarah Melayu. Maka janganlah fikir seperti orang Melayu dalam segenap tempat sudah masuk Asalaama pada seketika sahaja melainkan dengan lambatnya daripada tahun 1100 sampai tahun 1600. Maka pada tahun 1475 baharulah kerajaan Hindu yang bernama Majapahit di alahkan oleh orang-orang yang sudah masuk agama Asalaama.
Syahdan maka daripada ketika itu agama Asalaama sudah mulai menjadi tetap dalam negeri-negeri sebelah sini. Maka apabila bangsa Peringgi atau Portugis mula-mula datang ke tanah Jawa pada tahun 1510 maka di dapati oleh mereka itu seorang raja Hindu di tanah Batam. Hataya kemudian tiada berapa tahun lamanya bangsa Peringgi itu sudah di kalahkan oleh seorang raja Asalaama. Maka bangsa yang kemudian sekali yang sudah menerima agama Asalaama iaitu bangsa Bugis barangkali adalah lebih kurang 1620 tahun adanya.
Maka telah di kiaskan oleh orang-orang pandai adapun Sang Nila Utama itu daripada bangsa Hindu tetapi ia atau rakyat-rakyatnya mengaku agama Asalaama. Maka oleh sebab kebanyakan orang pada zaman itu dalam kepercayaan agama Hindu lagi lalu ia pun berlayarlah dari negerinya lalu di mahsyurkannya agama Asalaama sehingga banyaklah orang menjadi Asalaama di Majapahit seperti yang di perbuat oleh kaum Asalaama daripada bangsa Arab pada zaman nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Mereka itu menjadi Sabil sebab hendak memahsyurkan agama Asalaama itu sehingga sampai ke tanah Eropah dan mengalahkan orang Sepanyol. Demikianlah juga di perbuatnya pada zaman akhirnya datang ke Singapura.
Maka adalah kira-kira lima enam ratus tahun kemudian bangsa Arab telah datang ke tanah Melayu dan pulau-pulau sebelah sini sebab hendak mencari hasil dan untung. Maka pada masa itu pun di mahsyurkannya agama Asalaama antara segala bangsa di bawah angin ini maka. Demikianlah perinya orang-orang Melayu itu pun telah menjadi Asalaama serta memakai huruf Arab pada bahasanya sendiri.
Syahdan maka pada zaman Sultan Mahamada Syah yang kedua maka negeri Melaka pun besarlah dan jajahan Melaka pun makin banyak yang arah ke barat hingga Beruas Hujung Karang arah ke timur had Terengganu. Maka mahsyurlah pada segala negeri dari bawah angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka terlalu besar sekali lagi dengan makmurnya. Maka segala raja-raja kecil di tanah Melayu dan sebelah pulau Perca sekelian pun datanglah ke Melaka mengadap sultan Mahamada Syah.
Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya datang ke Melaka terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala orang Arab di namainya Malaaqoata Ł
ŁŲ§ŁŲ§Ų© (Malaqat) ertinya perhimpunan segala dagang kerana banyak jenis dagang ada di sana. Maka dari Air Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan lagi. dari kampung Keling datang ke Kuala Penajah itu pun tiada berkeputusan.
Jika orang dari Melaka datang ke Jakara tiada membawa api lagi barang di mana berhenti di sana adalah rumah orang dari sebelah sini hingga datang ke Batu Pahat. Demikian juga kerana masa itu rakyat Melaka sembilan belas laksa (190,000) banyaknya yang di dalam negeri juga demikianlah tersebut dalam sejarah Melayu.
Syahdan maka adalah orang-orang pandai telah menimbang segala perkara ini tiadalah kenyataannya dan pada sangka orang putih yang pandai hisab kira-kira jumlah rakyat di Melaka tiada boleh sampai 900,000. Maka pada zaman ini meski pun negeri Melaka ramai tetapi cuma adalah 80,000 sahaja.
Hikayat Tanah-tanah Besar Melayu di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh
Mahamada Al Mahadaya
Ł
ŲŁ
ŲÆ Ų§ŁŁ
ŁŲÆŁ
Tambahan di Kolom Komentar:
Mahamada Al Mahadaya: Salasilah raja Seri Menanti.
Pada fasal adapun keturunan raja itu iaitu anak nabi Adam yang bungsu dan pecahan itulah yang turun ke tanah Minangkabau ialah raja Pagaruyung dan pecahan itulah yang turun ke tanah Siak.
Dari Siak turun ke Melaka. Dari Melaka mendapat ke Naning. Dari Naning mendapat ke Rembau iaitu kampung Tanacih. Dari Rembau mendapat .. di gunung Pasir di sambut seperti adat raja yang besar.
Kemudian lalulah ke Seri Menanti iaitu Tengku Raja Meliwa namanya. Kemudian jadi raja pula Tengku Hitam dan jadi raja pula marhum Tengku Tutuh.
Jadi raja marhum Tengku Raja Lenggeng. Jadi raja pulak Tengku Raja Raden dan jadi raja pulak Tengku Imam dan jadi raja pulak Yam Tuan Tengku ..
Disalin dari kiriman FB Mahamada Al Mahadaya