Pict: https://babab.net
LOGIKKAH JIKA DIKATAKAN UTUSAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MAMPU BELAYAR HINGGA KE ISTANBUL?
Bangsa Melayu sememangnya dikenali sebagai bangsa pedagang di mana ratusan tahun dahulu, orang-orang Melayu telah belayar untuk berdagang sehingga ke timur Afrika.
“Orang-orang Zanj (orang Afrika Timur) tidak mempunyai kapal sendiri untuk mereka mengembara, oleh itu mereka menumpang kapal-kapal dari tanah Oman dan lain-lain yang menuju ke Kepulauan Zabaj (Srivijaya), yang merupakan sebahagian daripada Hind (India). Orang asing ini kemudian menjual barangan mereka dan membeli hasil-hasil negara itu. Penduduk kepulauan Zabaj pergi ke Zanzibar menaiki pelbagai jenis kapal, dan mendapat keuntungan dengan cara menjual barangan mereka kerana mereka memahami bahasa antara satu dengan lain.”
Catatan Al-Idrisi membuktikan bahawa bangsa Melayu telah belayar jauh ke arah barat sejak ratusan tahun yang lalu. Jadi perhubungan di antara orang-orang Melayu dengan bangsa-bangsa di bahagian barat kepulauan alam Melayu seperti India, Arab, Parsi, Afrika dan Turki bukanlah sesuatu yang baru.
Oleh itu, pelayaran utusan Kesultanan Melayu Melaka ke Istanbul bagi menjalinkan hubungan diplomatik antara dua buah kerajaan Islam ini adalah sesuatu yang logik.
Disalin dari kiriman FB: Sulaiman Razak