Sumber: https://www.facebook.com |
Ibrahim Anon (lahir 18 Oktober 1965) atau lebih dikenali sebagai Ujang
merupakan seorang kartunis Malaysia. Beliau memulakan kerjaya animasinya
bersama majalah Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun
beliau kelihatan agak kurang matang dan stroknya terlalu ringkas. Walau
bagaimanapun, Ujang berjaya meyakinkan penerbitnya bahawa karyanya
suatu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan
kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan
dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk
visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat. Karya-karyanya Aku
Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.[1]
Beliau ialah
seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang
diterbitkan. Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang
kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar
negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea dan Amerika Syarikat benar-benar
mengecewakan beliau.[2]
Sumber: https://www.facebook.com |
Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Kampung Juaseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan berketurunan Minangkabau. Dari zaman persekolahan, Ujang memulakan minatnya melukis kartun. Namun bimbingan yang beliau perolehi dalam bidang seni lukis hanyalah ketika di sekolah menengah sahaja.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1982, Ujang
berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memulakan kerjayanya sebagai kartunis. Di
tangannya karya setebal 24 muka surat berjudul Hikayat Ujang Senang.
Untuk menampung sara kehidupnya ketika itu, Ujang bekerja di sebuah
kilang roti dengan gaji sebanyak RM100. Beliau menggunakan nama Ujang
atas cadangan Jaafar Taib. Ini kerana beliau berasal dari Negeri
Sembilan dan nama panggilan tersebut memang sinonim dengan negeri itu.
Kerjaya (Karya)
Ketika bertemu dengan Jaafar Taib, Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang ketika itu berpejabat di Jalan Pantai Baru, beliau meminta Ujang untuk mewujudkan kartun satu petak dahulu. Jaafar juga menyatakan kesanggupannya untuk melatih Ujang. Pada masa yang sama, Jaafar turut mencadangkan penggunaan nama Ujang, meskipun Ujang lebih berminat menggunakan nama Ayem.
Sumber: https://www.facebook.com |
Kartun coretan Ujang akhirnya
disiarkan buat pertama kali di majalah Gila-Gila bilangan 130, keluaran 1
Februari 1984. Manakala karya beliau, Hikayat Ujang Senang, telah
diperbaiki semula sebelum diterbitkan pada tahun 1985. Sejak itu nama
beliau mula melekat di hati pembaca majalah Gila-Gila dan diletakkan
sebaris bersama kartunis-kartunis popular majalah tersebut seperti Don,
Kerengge, Tazidi, Fatah mahupun Zainal Buang Hussein.
Selepas
meninggalkan CESB pada 1993, Ujang menyertai Kharisma Publications
sebagai pengurusnya dan menerbitkan majalah Ujang dengan moto Majalah
Lawak Antarabangsa. Semasa berkhidmat di Kharisma, watak Usop Sontorian
ciptaan Ujang telah dijadikan siri animasi yang disiarkan di Radio
Televisyen Malaysia, yang kemudiannya telah diiktiraf sebagai siri
animasi tempatan yang pertama oleh The Malaysia Book of Records.[3]
Majalah Ujang kemudiannya dilihat memasuki fasa baru dengan menyuntik
unsur-unsur Islamik ke dalam karya-karya yang disiarkan. Pada penghujung
1997, Ujang meninggalkan Kharisma Publications, dan menubuhkan
syarikatnya sendiri, Multi Triple Vision Sdn Bhd. Di bawah bumbung
syarikat ini, Ujang menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul
sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama
karya-karya mereka. Bersama Varia Lawak, Ujang masih mengekalkan
kartun-kartun yang berunsur Islamik. Pengundurannya dari Kharisma
menyebabkan majalah Ujang menghentikan operasinya.
Pada 1998,
Ujang muncul kembali di bawah pengurusan baru, MOY Publications, yang
diasaskan oleh Datuk Md Othman Yusof, salah seorang pemegang saham dalam
Kharisma dan bekas penerbit Usop Sontorian.
Sumber: https://www.facebook.com |
Ujang kemudiannya
menukarkan nama majalah Varia Lawak kepada Lanun. Di samping itu beliau
turut menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk mereka yang gemar
memancing. Namun begitu, kedua-duanya tidak kekal lama dan terpaksa
berakhir di penghujung tahun 2000.
Pada 2002, Ujang muncul
kembali dengan majalah Ujang Budak Minang, tetapi hanya dikeluarkan
untuk satu keluaran sahaja. Majalah Malim Pelita terbitan Arena 2000 Sdn
Bhd diterbitkan selepas itu bagai menyambung semula kerjaya Ujang dalam
dunia kartun. Bagaimanapun, ia juga hanya dapat bertahan untuk beberapa
keluaran sahaja. Apabila Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. menerbitkan
majalah G3, mereka telah menjemput Ujang sebagai kartunis tamu. Namun
begitu, karya Ujang hanya dapat ditatapi untuk beberapa keluaran sahaja.
Pertemuan dengan Jaafar Taib pada tahun 2004 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) membuka jalan untuk Ujang kembali semula ke majalah
Gila-Gila. Beliau bukan sahaja diminta berkarya kembali di majalah
tersebut, malah diminta mengendalikan unit promosi dan acara untuk CESB.
Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula 'Sifu Kartun Malaysia',
bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang
telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk
mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang
menjalani penggambaran pada April 2007. Filem yang bertajuk Jibam The
Movie ditayangkan pada 7 Disember 2017.[4][5]
Dalam temuramah
bersama Astro Awani pada 8 Ogos 2015, Ujang memberitahu beliau mempunyai
perancangan untuk merancakkan semula industri majalah humor tanah air
agar tidak terus berkubur berikutan penutupan MOY Publications pada 5
Ogos.[6][7] Penutupan MOY Publications pada 5 Ogos 2015 sekaligus telah
memberhentikan penerbitan majalah Ujang dan APO?.[8][9]
Pada 16 November 2015, lukisan mural beliau telah dilancarkan.[10][11]
Kehidupan Pribadi
Beliau berkahwin dengan Zaihah Abdul Rahman dan dikurniakan empat anak.
Bibliografi
Gila-Gila
Ujang
Varia Lawak
Lanun
Aku Budak Minang
Atuk
I.B.C. - Intelligent Blues Club
Jibam
Cinta Terakhir
Fiona
FilemografiSunting
Usop Sontorian (1993-1997)
Jibam The Movie (2017)
Lihat
Komik di Malaysia
Ujang di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Laman web Jibam
Ulasan Ujang berkenaan Jibam The Movie
Laman web Jibam
Ulasan Ujang berkenaan Jibam The Movie
Komen Ujang tentang keputusan beliau untuk berkarya semula.
Bapanya Mohd Nor asal dari Rantau...ibunya Ramlah bt Hj Omarbin Hj Ibrahim bin Hj Muhammad Yatim. Hj Ibrahim dan bapanya yg dtg dari LINTAU BUO-MINANGKABAU(ASAL MULA SILAT LINTAU) sekitar tahun 1870 datang dari Minangkabau.
Rujukan
- Azlan Jusoh (14 Februari 2017). 5 majalah kartun popular Malaysia sekitar 80an hingga 90an Azhan.co. Diperoleh pada 24 April 2017.
- "Mural Ujang jadi penghias utama di Terminal 1". Utusan Online. 17 November 2015. Dicapai 2017-03-18.
- Nur Aqidah Azizi (August 20, 2016). "Cartoons can evoke patriotism, says Ujang". NST Online. Dicapai 2017-03-18.
- "Usop Sontorian makes its debut on TV", New Straits Times, 21 January 1996.
- Nazli Ibrahim (19 Disember 2017). "Sambutan baik, pawagam tayang filem Jibam bertambah semula". Selangorkini. Dicapai 1 Januari 2018.
- "Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh". Perak Today. 15 Disember 2017. Dicapai 1 Januari 2018.
- Madihah Abdullah (8 Ogos 2015). "Kartunis Ujang punya perancangan susulan penutupan operasi MOY Publication". Astro Awani. Dicapai 2017-03-18.
- Ronasina (11 Ogos 2015). "Al-fatihah untuk APO? dan Ujang". Malaysiakini. Dicapai 2017-03-18.
- "Penerbitan majalah Ujang, Apo? berakhir". The Rakyat Post. 6 Ogos 2015. Dicapai 2017-03-18.
- Al-Abror Mohd Yusuf (17 November 2015). "Ujang 'original' hidup semula Oktober ini". 12 Ogos 2015. Dicapai 12 Ogos 2015.
- "Mural Ujang dilancar". Kosmo! Online. 16 November 2015. Dicapai 2017-03-18.
______________________________
Disalin dari: Facebook Rizal Jaenk
Tanggal: 14 Januari 2020
Kemungkinan disalin dari Wikipedia Malaysia.