Sumber Gambar: https://www.facebook.com |
Phattalung : Kesultanan Melayu-Islam Yang Akhirnya Hilang Arah
1. Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Jadikan kisah sejarah ini sebagai pedoman.
2. Kewujudan negeri Phattalung berkait rapat dengan negeri Singgora. Apabila Dato Moghul yang mengasaskan negeri Singgora mangkat, takhta Singgora digantikan oleh anakanda sulungnya yang bergelar Sultan Sulaiman Syah. Manakala sebuah lagi wilayahnya iaitu Phattalung ditadbir oleh seorang lagi anakanda baginda iaitu Sultan Farisi. Seorang lagi anakanda Dato Moghul adalah perempuan bernama Fatimah.
3. Selepas Singgora jatuh akibat serangan Ligor yang bertindak bagi pihak Ayutthaya, Sultan Farisi dibenarkan untuk meneruskan perintahan di Phattalung tetapi di bawah naungan Siam. Baca mengenai kisah kejatuhan Singgora di bawah :
https://m.facebook.com/
4. Setelah Sultan Farisi mangkat, anak saudaranya iaitu Hussein ibni Sultan Sulaiman Syah yang sebelum itu merupakan Wan Muda (Raja Muda) di Negeri Chaiya telah dilantik sebagai Raja Phattalung yang baru.
5. Setelah sekian lama memerintah, Sultan Hussein kemudiannya kembali ke Ban Songkhla, Chaiya, untuk melawat kerabatnya. Ditakdirkan bahawa baginda mangkat sewaktu berada di Chaiya. Disebabkan itulah kuburnya pada masa kini terletak berhampiran dengan kubur abangnya iaitu Sultan Mustafa (Raja Chaiya dan mantan Raja Singgora).
6. Takhta Phattalung kemudian diteruskan oleh anaknya iaitu Phraya Rach Bang San (Ta Ta) dengan gelaran Phraya Kaew Kroppichai.
7. Selepas kemangkatan Phraya Rach Bang San (Ta Ta), takhta Phattalung diwarisi pula oleh anaknya yang bernama Khun Chin Lek. Khun Chin Lek ini dilahirkan dan membesar sepenuhnya di Ayutthaya. Justeru itu, dia tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa selatan (bahasa Melayu?).
8. Sebelum menaiki takhta Phattalung, Khun Chin Lek terlebih dahulu berkhidmat sebagai timbalan Gabenor di Ligor (Nakhon Si Thammarat) dengan gelaran Phraya Phakdi Nuchit Sitthisong pada usia 35 tahun.
9. Latar belakang Khun Chin Lek menunjukkan dia membesar sebagai seorang Siam sejati berbanding dengan jati diri seorang Melayu. Justeru itu, tidak menghairankan apabila Khun Chin Lek akhirnya memutuskan untuk menganut agama Buddha apabila menaiki takhta Raja Phattalung pada tahun 1772 dengan menggunakan gelaran sama seperti ayahandanya iaitu Phraya Kaew Kroppichai.
10. Takhta Phattalung kemudian diteruskan selepas kematiannya oleh anaknya yang bernama Nai Sakdi (Phraya Thong Khao) pada tahun 1791. Keturunan mereka boleh dikenali menerusi nama keluarga Na Phattalung dan masih mengekalkan hubungan baik dengan waris keturunan Sultan Sulaiman Syah yang lain yang masih Islam.
______________________________
Disalin dari kiriman Ibnu Susydi
Pada Kamis, 12 Maret 2020