![]() |
Ilustrasi Gambar: rawzones |
Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan
Empayar Ayuthia
[ Awas: Ini merupakan sejarah Ayuthia mengikut pendapat yang menyatakan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu Islam ]
Sultan Muzaffar Shah III merupakan Sultan terakhir bagi Kerajaan Kedah Pasai Ma dan Sultan pertama bagi Kerajaan Ayutthia. Ayuthia telah didirikan oleh Sultan Muzaffar Shah III selepas berjaya mengalahkan tentera Tenangsari di Segenting Kra, Thailand. Dalam pengsejarahan Thailand, Kerajaan Ayutthia dikatakan sebuah kerajaan beragama Buddha namun dalam pensejarahan ini, kerajaan Ayutthia dikatakan merupakan sebuah kerajaan Siam-Melayu-Islam.
Kerajaan Ayuthia telah berdiri pada tahun 1351M, sehingga tahun 1767M. Kerajaan ini telah berjaya mengalahkan Kerajaan Sukhotai iaitu Kerajaan bangsa Thai pada tahun 1376M.
Selepas kemangkatan Leothai iaitu Raja Sukhotai, puteranya yang bernama Raja Thammaraja Luthai telah menaiki takhta. Pemerintahan baginda dipenuhi dengan pemberontakan yang dilakukan oleh wilayah jajahan Sukhotai. Raja Thammaraja sebenarnya tidak berminat dengan pentadbiran sehinggakan tidak terdetik sedikit pun dihati baginda untuk menuntut semula wilayah Sukhotai yang terlepas.