Ilustrasi Gambar: rawzones |
Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan
Empayar Ayuthia
[ Awas: Ini merupakan sejarah Ayuthia mengikut pendapat yang menyatakan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu Islam ]
Sultan Muzaffar Shah III merupakan Sultan terakhir bagi Kerajaan Kedah Pasai Ma dan Sultan pertama bagi Kerajaan Ayutthia. Ayuthia telah didirikan oleh Sultan Muzaffar Shah III selepas berjaya mengalahkan tentera Tenangsari di Segenting Kra, Thailand. Dalam pengsejarahan Thailand, Kerajaan Ayutthia dikatakan sebuah kerajaan beragama Buddha namun dalam pensejarahan ini, kerajaan Ayutthia dikatakan merupakan sebuah kerajaan Siam-Melayu-Islam.
Kerajaan Ayuthia telah berdiri pada tahun 1351M, sehingga tahun 1767M. Kerajaan ini telah berjaya mengalahkan Kerajaan Sukhotai iaitu Kerajaan bangsa Thai pada tahun 1376M.
Selepas kemangkatan Leothai iaitu Raja Sukhotai, puteranya yang bernama Raja Thammaraja Luthai telah menaiki takhta. Pemerintahan baginda dipenuhi dengan pemberontakan yang dilakukan oleh wilayah jajahan Sukhotai. Raja Thammaraja sebenarnya tidak berminat dengan pentadbiran sehinggakan tidak terdetik sedikit pun dihati baginda untuk menuntut semula wilayah Sukhotai yang terlepas.
Raja Thammaraja Sukhotai lebih berminat mendalami ajaran Budhha sehinggakan semasa pentadbiran baginda, ramai sami Buddha dari Sri Lanka telah dibawa masuk ke Sukhotai. Pada tahun 1361M, Raja Thammaraja telah menjadi seorang sami.
Pada 1370M, baginda telah mangkat dan digantikan dengan pewarisnya iaitu Putera Sai yang memakai gelaran Raja Thammaraja II. Semasa pemerintahan baginda, Sukhotai telah jatuh dan digantikan dengan Kerajaan Ayuthia.Putera Sai selaku bekas raja Sukhotai telah dilantik semula oleh Ayuthia menjadi gabenor wilayah.
Sultan Muzaffar Shah III merupakan putera hasil perkahwinan Sultan Muhammad Shah II dengan puteri Parsi. Baginda dikatakan sering melawat Parsi ( Iran ) untuk mendalami ajaran Islam. Semasa belayar ke Parsi, baginda akan singgah terlebih dahulu di Pulau Sandra Baba Kiyai ( Sri Lanka ) .
Baginda merupakan Sultan dan juga ulama yang mengajarkan islam kepada penduduk Nusantara. Di kawasan Terengganu, baginda dikenali sebagai Raja Mandalika yang bermaksud “ Raja kami baik terkenal berniaga”. Di Ayuthia pula, baginda dikenali sebagai Rama Tibodi I, U Thong dan Chao Pija Rajna Yok. Baginda juga dikatakan pernah tinggal di China semasa pemerintahan Dinasti Yuan ( 1271M-1368M ).
Sultan Muzaffar Shah III telah menaiki takhta pada tahun 1300M, dan memiliki tanah jajahan yang cukup luas meliputi kawasan Acheh, Ligor, Naratiwat, Pattani, Singgora dan Yala di Thailand sekarang. Semasa pemerintahan Baginda, tentera Tenangsari/Tanah Sari/Taninthryi dari Burma ( Myammar sekarang ) telah menyerang kerajaan Kedah Pasai Ma. Dengan bantuan Ligor ( sekarang Nakhon Sri Thammarat ), Kerajaan Kedah Pasai Ma berjaya mengalahkan tentera Tenangsari. China dibawah Dinasti Yuan pada waktu itu telah membahagikan wilayah Melayu dan Sukhotai iaitu di Petchburi-Ratchburi.
Bahkan China juga telah memberi amaran kepada Sukhotai supaya tidak mengganggu kerajaan Pasai Ma. Buktinya apabila utusan Thailand berjumpa dengan Maharaja China, baginda telah memesan kepada rombongan Thailand tersebut supaya mengingatkan Raja Rama Kamheng supaya jangan berbuat zalim kepada Ma Li Yu Er iaitu Melayu
Hubungan China Dinasti Yuan dengan orang Melayu Islam pada waktu itu sangat rapat. Bahkan orang Islam telah dilantik sebagai Canselor Dinasti Yuan iaitu jawatan yang sangat tinggi. Ahmad Fanakati ( 1242M-1282M ) telah dilantik sebagai Canselor China.
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri semasa pemerintahan Kublai Khan. Selain menjalinkan hubungan yang baik dengan China, Ayuthia juga dikatakan turut melakukan hubungan dengan negara asing lainnya seperti Jepun, Parsi, India, Portugis serta Perancis. Dikatakan Sultan Ayuthia juga pernah membenarkan pedagang Portugis, Sepanyol, Belanda dan Perancis membina petempatan mereka diluar ibu kota kerajaan. Raja Saaban dikatakan memiliki hubungan yang sangat baik dengan Raja Louis XIV dari Perancis bahkan baginda pernah menghantar duta ke Perancis.
Sultan Muzaffar Shah III telah menubuhkan Kerajaan Ayuthia sebagai sebuah kerajaan Melayu Siam. Ayuthia membawa maksud tempat raja-raja berkumpul. Untuk mengawal kerajaan yang luas, baginda telah melantik raja di peringkat daerah yang dikenali sebagai Paduka Tuan. Untuk mengelakkan pemberontakan, Paduka Tuan telah dilantik dalam kalangan kerabat baginda. Pemerintah Ayuthia ialah seorang Sultan yang menggunakan gelaran Shah Alam Yang Maha Mulia. Jawatan Sultan Ayuthia digilirkan antara Paduaka Tuan.
Jasa baginda kepada Islam sangat besar. Sultan Muzaffar Shah III dikatakan telah membuka daerah Taungu ( Mandalay ) di Myammar. Sebuah masjid telah dibina disini dan dinamakan sempena nama baginda. Selain masjid di Taungu, baginda juga telah membina banyak masjid lain contohnya Masjid Ton Sun Khlong Tue di Bangkok dan sebanyak 21 masjid semuanya dibina oleh baginda di wilayah-wilayah Ayuthia.
==================
Baca juga:
Sejarah yang digelapkan: Kejatuhan Ayuthia; Kerajaan Siam Islam Melayu