Bismillahirrahmanirrahim..
بسم الله الرحمن الرحيم
FB Mahamada al Mahadaya - Alhamdulillahirabbil 'alamin, Wasalatu Wassala Mu’alayya Saydinaa Mahamad Shama Wa Shahabaha Ajamaa’yana
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام علي سيدنا محمد صم و صحبه اجمعين .
Dengan nama Allah Taa’ala tuhan yang seru sekelian alam, yang penyayang dalam dunia lagi pengasih dalam akhirat. Bermula segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam dan rahmat Allah dan Salam Allah atas penghulu kita Nabi Mahamad Shama dan atas keluarganya dan sekelian sahabatnya mereka itu semuanya.
Amaa Baa’du اما بعد adapun kemudian daripada itu, ketahui olehmu bahawa sesungguhnya aku Khatib Maharaja memohonkan taufik dan inayat kepada tuhan Raba Ghafawara رب غفور ia menyusunkan segala perkataan adat dan undang-undang serta hukum yang telah di lazimkan dari pada nenek [niniak] Perpatih Sebatang, daripada zaman awal nenek [niniak] Ketemenggungan, yang telah diperpegangi oleh segala hakim yang besar-besar, yang terutama dalam alam segala raja-raja yang adil, dan segala wazir-wazir mujtahid, serta sekelian ulama-ulama yang Kamil Mukamil, dan segala ahli al akal yang arif lagi bijaksana, yang telah mahsyur dalam Alam Minang Kabau. Maka segianyalah di ketahui oleh segala hukum-hukum itu akan adat-adat yang sebenar-benar adat iaitu Adat nan Bersendi Syarak Allah Taa’ala yang berlaku dalam syariat Nabi Muhamad Shalallahu'alaihi Wassalam adanya.
Adapun hukum itu atas dua (2) perkara, pertama hukum pada adat, dalam adat ialah undang-undang, itulah yang di terima daripada ninik Ketemenggungan dengan Perpatih nan Sebatang. Kedua hukum pada Syarak dalam syarak itu nyatalah Hadis dan dalil serta ijmak segala ulama-ulama, itulah ugama yang diperpegangi yang tersebut dalam Kitab Allah Taa’ala yang turun daripada nabi kita Muhamad Shalallahu'alaihi Wassalam.
Dan adapun adat yang dari pada ninik Ketemenggungan dengan Perpatih nan Sebatang itu enam (6) perkara;
Pertama cupak asal namanya,
kedua cupak buatan namanya,
ketiga kata pusaka namanya,
keempat kata muafakat,
kelima kata dahulu kata batapati,
keenam kata kemudian kata bicari namanya.
Adapun nan bernama Cupak Asali, gantang yang papat bungkal, yang piawai teraju, nan batul si yang batiru batuladan, nan berjunjung naik nan bertangga turun, nan bertatak nan bebaris, jauh boleh ditunjukkan hampir boleh di kakukkan.
Dan yang bernama Cupak Buatan itu ialah pencarian segala penghulu-penghulu yang berakal, atau pencarian tiap-tiap laras, atau pencarian tiap-tiap orang banyak, atau pencarian luak sama ada pencarian itu orang muafakat syarak atau menyalahi syarak, serta di sudahi oleh tiap-tiap orang yang berpencarian atau diikut dengan patah atau dengan tapung pinang, atau dengan putang kerbau.
Dan yang bernama Kata Pusaka itu ada kalanya itu dari nenek moyang, dan ada kalanya pusaka daripada Bapa Mandih [Bapak-Mandeh], ada kalanya daripada kurang kampung kiaskanlah, yang demikian itu sama menyalahi, atau muafakat dengan syarak itulah yang di katakan Kata Pusaka.
Dan yang bernama Kata Muafakat itu ialah kata sekarang, itu juga apabila sudah hasil pencarian segala orang yang berakal di dalam majlis medan bicara itu pun di zahirkan sekarang itu juga.
Dan adapun yang bernama Kata Pusaka Dahulu Kata Batapati, ialah kata yang telah sudah pencarian di dalam syarak yang maha mulia, atau pencarian di dalam adat yang piawai, tetapi tiada sempurna sebentar itu juga itu pun di perbuatkan pula janji sampai janji itu ialah di tepati saja yang dahulu itu.
Yang bernama Kata Kemudian Kata Bicari ialah kata hampir-hampir dapat, datang pula satu hajat di perbuatkan pula janji sampai janji di cari pula hingga asalnya.
Dan adapun undang-undang yang dalam adat itu atas empat (4) perkara;
Pertama undang-undang negeri,
kedua undang-undang orang dalam negeri,
ketiga undang-undang Luak,
keempat undang-undang nan dua puluh.
Adapun Undang-undang Negeri itu ialah Luak nan Beraja, Negeri nan Bepenghulu, kampung nan betua, ertinya di sanan orang yang cerdik, dan ertinya di sina nan muda orang yang bingung, apa cupak kata nan tua itulah di pakai dalam kampung.
Dan yang bernama Undang-undang Orang Dalam Negeri salah bunuh memberi balas, salah junjung mencari pampas, salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, yang berbetulan berbayaran, sasat surut gaul mengubah salah pada Allah taubat silang bepatut aib ke kalam Allah, berbuat ketengahkan seorang beragih menyilang memulangkan jauh behambatan jika hampir batarikan cabul di buang adil di pakai.
Dan adapun tarik itu tiga (3) perkara, Suatu Tarik Usul, kedua Tarik Cabuh, ketiga Tarik Sangkutan dan sekelian tarik itu maka jadi dilakukan kemudian daripada tunggu tangga enggannya berbayar atau enggannya bapatut atau berjanji tiada mendapati atau salu tiada kiriman tidak suatu pun tiada hajatnya dan ertinya hajat di sana kematian atau hujan sehari atau cekak [cakak] kelahi dalam negeri atau air gadang apa yang sukar dalam negeri jika tidak demikian tidak harus di kerjakan tarik itu.
Dan yang bernama Undang-undang Luak iaitu luak nan beraja, negeri nan bepenghulu, tegak tidak tersundak, melenggang tidak terpempas kedua perkara. Suatu pada negeri berdamai kedua masa berperang. Dan masa negeri berdamai itu, iaitu ilmu thalib al alam raja penghulu kemenakannya anaknya perempuan orang imam khatib jemu bepaut juru bejapat orang mendapat pasumandan Jawi Kerbau atau sebagainya. Atau bapa mandih pada suatu negeri dukun tukang rumah atau pakaian tukang gendang dan serunai guru dan murid dan masa negeri berperang sepuluh perkara iaitu ilmu thalib al alam jemu bajapat juru bajapat atau dengan bapa atau dengan mandih dukun pandai ubat guru murid raja.
Dan nan bernama Undang-undang Nan Dua Puluh (20) adalah kenyataannya di bawah ini tetapi di bahagi dua. Satu bahagi di namai Undang-undang Nan Selapan dan kedua bahagi di namaiBbelas (12). Menangkala tersangkut Undang Nan Selapan oleh Undang Nan Dua Belas, sahlah undah-undang hilir dan sahlah undang-undang mudik. Apabila tidak tersangkut Undang-undang Nan Selapan itu oleh Undang-undang Nan Dua Belas, tidaklah sah di Undang-undang tidaklah sah di undang-undang hilir dan tidaklah sah di undang-undang mudik, iaitu salah nan menuduh atau yang mencemuh atau yang mendandu itulah yang bernama Undang Nan Selapan.
Undang undang Minangkabau di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي
==================
Baca Juga:
Undang Undang Adat Minangkabau
==================
Istilah kesalahan menurut Undang Undang Minangkabau
Tikam ertinya melukai dengan tiada mati.
Bunuh ertinya melukai menghilangkan nyawa.
Samun ertinya membunuh orang dengan kuasa sebab hendak mengambil hartanya.
Sakar ertinya membunuh orang yang tiada tahu sebab hendak mengambil hartanya.
Upas ertinya makanan yang menyakiti badan.
Racun ertinya makanan menghilangkan nyawa.
Lancung ertinya si yang di petukarkan namanya atau rupanya.
Kicoh ertinya yang di lebihi atau yang di kurangi.
Sumbang ertinya menyaraki perempuan bukan isterinya.
Salah ertinya menyaraki isteri orang lain.
Rebut ertinya mengambil harta orang dengan kuasa dengan yang punya hak.
Rampas ertinya mehela harta orang dengan melarikan.
Maling ertinya mengambil harta orang dalam simpanan dengan tiada pengetahuan nan punya.
Curi ertinya mengambil harta orang di luar simpanan dengan tiada pengetahuan nan punya.
Dagu ertinya membantahi perintah kepala negeri.
Dagi ertinya membuat hiru dalam negerinya.
Undang2 Minangkabau di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي