FB Mahamada al Mahadaya - Syahdan Datuk Bendahara pun sehari-harilah mengadap Raja Kecik itu berbicara minta jadikan dirinya raja. Akan hal aku adalah di belakang Raja Kecik itu apalah di bilangkan orang kerana aku dua beradik itu di belakang duduk tiada tahu apa kiranya. Aku dengarlah barang kata Datuk Bendahara dan perkataan Raja Kecik itu adalah kata Datuk Bendahara kepada Raja Kecik “Jikalau raja hendakkan yang sejatinya itu melainkan ayah inilah yang sejatinya pasak manah Johor tanah yang pejal. Lagi pun ayah yang tua adalah akan hal Raja Sulaiman itu apa daya kerana dia anak yang muda lagi pulak maknya orang kecik melainkan ayah inilah yang asal di dalam tanah Johor itu”.
Maka dengan kebesaran Allah Sabahaanaha Wa Taa’ala serta dengan syafaat rasul Allah Shama berlaku di atas hambanya maka tiadalah berkenan kepada hati Raja Kecik itu akan perkataan Datuk Bendahara itu. Tiba-tiba kasih pula Raja Kecik akan abangku dengan aku semua adik beradik. Tiada di perdulikan oleh Raja Kecik akan bicara Datuk Bendahara itu sehari-hari malam siang Datuk Bendahara itu datang mengadap Raja Kecik demikian itu juga kehendaknya Datuk Bendahara itu.
Maka kata Raja Kecik “Bagaimana pada sangka ayah itu apa sahayaku pada sangka ayah itu akan kerajaan di tanah Melayu ini. Sekali2 tidak niat hati sahaya demikian sekadarkan sahaya menantikan Raja Sulaiman ini besar. Apabila besar Raja Sulaiman ini melainkan Raja Sulaiman juga yang kerajaan di tanah Melayu ini dan lagi pula begitukah adat Melayu ini. Jikalau patah tumbuh nyiur itu di ganti dengan tumbuh pinang maka benih nyiurnya lagi ada juga.
Betapalah halnya adalah kepada adat sahaya semua orang Minangkabau ini tiada begitu. Apabila patah tumbuh nyiur itu tumbuh nyiur juga gantinya. Apabila patah tumbuh pinang itu tumbuh pinang juga akan gantinya. Apa akal jikalau sudah tiadalah benih nyiur itu dapatlah tumbuh pinang di gantikan”. Dengan hal itu keciklah pula hatinya Datuk Bendahara itu akan Raja Kecik dengan hal demikian itu maka mencari bicaralah pulak Datuk Bendahara itu lalulah ia mengutus Datuk Bendahara itu ke Bugis kepada Kelana Jaya Putera minta tolong langgarkan Raja Kecik itu di dalam Riau.
Yang di besarkannya kepada Bugis itu minta ambilkan abangku itu di bawah tapak kaki Minangkabau. Dengan kurnia Allaha Taa’alaya serta syafaat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta daulat abangku tiada berapa antaranya maka datanglah Kelana Jaya Putera itu lalulah ia melanggar Minangkabau di dalam Riau itu. Maka di takdir Allaha Taa’alaya alahlah Minangkabau itu habislah ia lari. Adapun Bugis melanggar Minangkabau tiada ia minta senjata atau ubat peluru atau belanja atau pelabur suatu pun tiada baktinya Bugis itu kepada abangku kemudian maka masuklah Kelana itu semuanya Bugis di dalam Riau.
Setelah sudah tetap Bugis itu di dalam Riau maka halnya dengan takdir Allaha Taa’alaya maka kasihlah Kelana itu kesemuanya itu akan abangku dan aku semua. Seorang pun segala orang orang Melayu di dalam Riau itu tiadalah di ambilnya akan tawanan oleh Kelana itu sehingga di peliharakannya dengan sempurnanya seperti mana anaknya yang di jadi demikianlah perintahnya Kelana itu. Maka abangku juga di tabalkannya di dalam hal itu Datuk Bendahara pun mencari juga muafakat dengan Kelana itu minta jadikan raja.
Akan katanya Datuk Bendahara “Adalah akan Raja Sulaiman itu apa ada kerana dia anaknya yang muda lagi pun anak orang kecik. Jikalau Kelana hendak tahukan asal pasak manah Johor melainkan abang inilah tanah yang pacal sejatinya pasak Melayu”. Dengan takdir Allaha Taa’alaya tiada juga di perdulikan oleh Kelana itu akan kehendak Datuk Bendahara itu hingga sehari2 malam siang datang juga kepada Kelana itu.
Maka lalu kata Kelana “Mengapakah maka orang kaya berkata demikian itu. Bukankah orang kaya memberi surat kepada sahaya itu minta tolong langgarkan Minangkabau yang di dalam Riau ini serta minta ambilkan Sultan Sulaiman di bawah tapak kaki Minangkabau itu. Maka sekarang ini di kurniakan Allaha sudahlah selamat orang kaya semua. Mengapa pulak maka orang kaya berkata demikian itu lagi pulak adakah boleh tumbuh nyiur itu di ganti dengan tumbuh pinang. Apabila patah tumbuh nyiur itu melainkan tumbuh nyiur juga di gantikan.
Apabila patah tumbuh pinang melainkan tumbuh pinang juga gantinya tiadalah boleh bertukar2 tumbuh nyiur dengan tumbuh pinang dan tiada boleh tumbuh pinang di gantikan. Tumbuh nyiur itu yang nyiur itu juga. Tumbuh pinang itu pinang juga. Jikalau tiada lagi benihnya nyiur itu dapatlah juga di gantikan dengan benih pinang itu. Demikianlah adanya kepada adat sahaya semua Bugis demikianlah adat semua dengan hal demikian juga”. Maka sakitlah pulak hatinya Datuk Bendahara itu akan Kelana itu di dalam hal itu menaruhlah khoshamatlah di dalam hati Melayu itu akan Bugis itu selama2nya.
Syahdan daripada itu telah tetaplah marhum itu di atas tahta kerajaan di dalam antara itu maka di bakikan pulak oleh Raja Kecik bertahan2 juga Bugis di kepung oleh Minangkabau. Dua tiga bulan bertahan2 juga Bugis lepas raja alam itu mati maka raja alam pulak mengepung dua tiga bulan sudah balik hingga duduklah di dalam hal kesakitanlah sentiasa. Kemudian maka datang pulak Tengku Buang Kudung anak Raja Kecik dengan Tengku Bungsu itu datanglah hendak melanggar. Maka di kepungnya Riau itu dua bulan maka bertahan juga segala Bugis.
Tiadalah aku semua ini merasai yang kesenangan dari bahayanya Datuk Bendahara itu semua dan duduklah aku semua ini di dalam menaruh khoshamat selama2nya dengan Datuk Bendahara. Adapun akan hal Bugis itu dengan marhum sangatlah berkasih2an. Kemudian di dalam antara itu maka Kelana pun bermohonlah kepada marhum ia hendak pulang ke Bugis. Maka di tahani oleh marhum kerana kepada fikiran marhum “Jikalau aku bercerai dengan Bugis ini akhirnya tiadalah aku kebajikan atas aku kerana sudah di dapat oleh marhum akan muslihatnya Datuk Bendahara itu akan khianatnya juga.
Maka lalulah marhum bertitah kepada Kelana “Sahaya pintalah jangan keluar dari Riau ini. Bagaimana kedudukan abang di Bugis begitulah juga kedudukan abang di dalam Riau ini”. Maka lalulah Kelana itu di jadikan raja muda serta di kurniai oleh marhum akan adat raja muda dengan katur dan qaranang dan kimbukkan dengan tiap2nya dengan selanggangnya dengan penjawatnya sekali persalinan raja muda selengkapnya dan Daeng Menimpuk jadi raja tua dan Penggawatu Sakuni menjadi penggawa juga.
Kemudian dari itu maka lalulah di titahkan oleh marhum kepada Kelana titah marhum “Kalau abang hendak berbini baiklah abang pergi ambilkan Encik Ayu itu di Perapat Seratus kepada Minangkabau itu abang buat binilah sekali”. Setelah itu maka keluarlah Kelana mengambil Encik Ayu itu semuanya ke Perapat Seratus kepada Minangkabau itu lalulah di buatnya bini sekali di Perapat Seratus. Kemudian lalu di bawanya pulang ke Riau maka duduklah Kelana itu di sungai Baru lalulah beranakkan Raja Fatimah.
Di dalam antara itu maka datang pula Daeng Ali anaknya Upu. Tiada berapa lamanya maka muafakatlah Kelana itu dengan marhum lalulah di dudukkannya Daeng Ali itu dengan Tengku Mendak dan Daeng Perani itu dudukkannya oleh marhum dengan Tengku Tengah lalulah beranak Raja Maimunah itu. Kemudian telah sudah mangkat marhum Kelana di Sungai Baru itu maka Raja Fatimah pun besarlah maka waktu itu Daeng Alilah jadi raja muda menggantikan marhum Kelana. Kemudian maka lalulah di dudukkan oleh marhum muda Daeng Kemboja anak Daeng Perani itu dengan Raja Fatimah itu kemudian dari itu di kurnia Allaha Taa’alaya senang sentosalah di dalam Riau itu.
Adapun yang bahagian Datuk Bendahara itu menaruh dendam khoshamah juga di dalam hatinya. Di dalam baik itu ada jahatnya. Di dalam jahatnya ada baiknya hingga begitulah sahaja kedudukan aku semua di dalam Riau itu titahnya Tengku Tua itu. Kemudian daripada itu tiada berapa antaranya maka marhum besar pun berangkatlah ke Terengganu lalu mengambil Wan Mik anaknya Laksamana Terengganu dan Encik Nusamah kupiknya Tengku Mahamad. Maka lalulah marhum Yang Di Pertuan Kecik itu ke Riau dan Yang Di Pertuan Kecik itu bergelang ia di raga Kecik.
Kemudian balik pulak Yang Di Pertuan Kecik itu ke Terengganu kemudian maka marhum muda mangkat di dalam kota itu berangkat pulak ke Selangor serta membawa Tengku Mendak itu ke Selangor. Kemudian balik pula marhum muda ke Riau membawa balik Tengku Mendak ke Riau kemudian daripada itu maka berangkat pula marhum itu ke Selangor lalu beristerikan Daeng Masik anaknya orang Pali. Kemudian balik pulak marhum muda itu ke Riau lalu orang Pali mengikut ke Riau serta membawa Daeng Masik itu masuk ke Riau.
Tiada berapa lamanya arwah Pali itu di Riau maka tiadalah di perdulikan amat oleh marhum muda akan Daeng Masik itu. Maka arwah Pali pun kecillah hatinya akan marhum muda maka lalu ia pulang ke Bugis. Kemudian maka berangkat pula marhum muda itu ke Selangor maka lalulah marhum muda itu melanggar Perak. Telah sudah alah Perak maka marhum muda pun berangkat baliklah ke Riau lalu membawa Encik Kamilah dengan Si Timah Perak itu. Tiada berapa lamanya marhum muda balik dari Selangor itu kemudian maka datanglah Yang Di Pertuan Terengganu itu ke Riau maka lalulah beristerikan Tengku Tengah.
Kemudian tiada berapa lamanya maka marhum muda pun geringlah lalulah mangkat marhum muda itu di dalam kota. Kemudian dari itu maka Daeng Kemboja pulak menjadi raja menggantikan marhum mangkat di dalam kota itu. Kemudian dari itu tiada berapa antaranya maka lalulah marhum besar muafakat berbicara dengan raja muda hendak berangkat ke Bentan hendak melanggar raja Alam di Siantan itu kerana raja Halim itu ipar kepada raja muda seayah sebonda daripada sebab setia itu tiadalah boleh melanggarkan.
Maka pulanglah ikhtiarnya kepada raja muda dengan ikhtiar raja mudalah maka marhum besar berangkat melanggar raja Alam di Siantan. Titah Tengku Tua itu maka Bendahara dengan Tengku Tengahlah yang tinggal menunggu Riau. Di dalam Datuk Bendahara tinggal menunggu negeri Riau itu iaitu Tengku Tengah juga yang meikhtiarkan barang sekeliannya perintah di dalam Riau. Yang bahagian raja muda itu daripada sangat betul hatinya kepada marhum besar saudaranya Dayang Hadijah itu di buat bini.
Oleh raja Alam di dalam Siantan itu pun tiada di perdulikannya di bedilnya juga dengan takdir Allaha Taa’alaya serta syafaat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka alah raja Alam itu sudahlah ia lari pulang ke Siak. Maka barulah Siantan itu pulang kepada marhum besar takdir Allaha Taa’alaya marhum besar pun berangkatlah balik ke Riau. Baharulah aku semua dapat kesenangan titahnya Tengku Tua dan aku semua pun di peliharakanlah oleh marhum muda itu dengan kesempurnaannya. Melainkan Allaha dan rasulnya juga yang akan membalaskan kasihnya segala Bugis itu akan aku semua dan akan aku semua dunia akhirat. Aku semua tiadalah terbalas akan kasihnya raja muda itu anak beranak hamba berhamba sambil dengan air matanya Tengku Tua itu bertitah.
Kemudian daripada itu tiada berapa lama antara marhum balik dari Siantan itu maka datanglah fitnah daripada sebelah Datuk Bendahara dengan Yang Di Pertuan Kecik mengatakan segala Bugis itu hendak mengamuk dan hendak membakar. Di dalam sebulan empat lima kali datang fitnah kepada marhum besar mengatakan Bugis sudah muafakat hendak membakar ke dalam kota. Maka mengampungkan orang marhum besar hendak di periksalah segala Bugis itu serta di perhadapkan Bugis itu dengan Melayu maka di periksa oleh raja muda dengan marhum besar suatu pun tiada tertentukan oleh segala Melayu.
Diam selang sepuluh hari setengah bulan datang pulak khabar mengatakan orang Bugis berbaju rantai bertandak bantan lalu berjalan darat kota dengan berkeris pendek bercabut gemparlah mencari kesana sini. Maka masuklah dengan segala orang Terengganu bertunggu ke dalam kota maka mengadap raja muda memohonkan periksa di perhadapkan oleh marhum besar. Maka di periksa oleh raja muda dengan marhum suatu pun tiada tertunjukkan oleh Datuk Bendahara dengan Yang Di Pertuan Kecik.
Diam pulak hingga begitulah sepanjang2nya duduk dalam berkhoshamat berdendam2 sentiasa bertahun2 yang begitulah sahaja pekerjaan Datuk Bendahara. Semuanya anak beranak saudara bersaudara serta dengan Yang Di Pertuan Kecik semuanya pulak menambahi dengki akan segala Bugis hingga tiadalah kesenangan lagi hatinya marhum besar itu duduk di dalam percintaan sepanjangnya. Tiadalah kholinya datang fitnahnya daripada suku Melayu dengan orang Terengganu.
Selang sebulan datang pulak fitnah daipada suku orang Terengganu mengatakan Bugis meradak rumah Engku Tanawangsa Kampar pulak di panggil pulak oleh marhum besar akan raja muda. Maka di kampungkan pulak oleh marhum besar orang suku Melayu di dalam Riau dan suku Terengganu di perhadapkan pulak dengan suku Bugis. Di periksa suatu pun tiada apa yang di katakan tiada juga tertunjukkan oleh suku Melayu dan suku Terengganu.
Yang bahagian marhum besar itu makin bertambah rapatlah dengan Bugis itu serta dengan kasih mesranya dan Bugis pun begitu juga dan yang bahagian suku Datuk Bendahara dan Yang Di Pertuan Kecik makin bertambah2lah sakit hatinya akan Bugis. Dengan hal yang demikian itu tiadalah kuasa raja muda itu salahlah fikirannya akhirnya kelak jikalau begini juga datanglah kebinasaan. Kemudian lalulah raja muda datang mengadap marhum hendak bermohonlah sekali keluar.
Maka tiada di lepaskan oleh marhum maka diamlah raja muda maka tiada juga lagi kuasa menahani hatinya daripada fitnahnya Datuk Bendahara semua itu sekali2 orang Terengganu itu kerana makin nyatalah sakit hatinya akan raja muda itu hingga memanjanglah fitnahnya. Maka datanglah pulak raja muda itu memohon kepada marhum hendak keluar hingga berpuluh2 kali ia bermohon ke bawah duli marhum tiada juga di lepaskan oleh marhum. Dengan demikian maka di siapinya segala perahunya ke semuanya.
Aturan setia Bugis dan Melayu di Leiden University Libraries.
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya Ł
ŲŁ
ŲÆ Ų§ŁŁ
ŁŲÆŁ