Ilustrasi Gambar: londonpe |
FB Sarah Zakaria - Penghijrahan orang Kristian dari Utara ke Selatan juga telah menyebabkan kebangkitan masyarakat Muslim di Filipina. Hal ini berkait rapat dengan galakan kerajaan bagi mengimbangi demografi penduduk di Selatan. Kebanjiran penduduk Kristian meningkat dengan begitu tinggi selepas tahun 1913, terutamanya ke Mindanao.
Akhirnya, penduduk Islam tidak lagi menjadi majoriti di kawasan yang sebelumnya diperintah dan didominasi oleh mereka. Perubahan demografi penduduk ini telah didorong oleh migrasi besar-besaran penduduk kafir (bukan Islam) ke Selatan dan perkara ini telah menjadi halangan besar kepada penduduk muslim untuk mendapatkan kemerdekaan dari Filipina.
Secara umumnya, penduduk muslim di Filipina mahu menubuhkan sebuah negara muslim yang bebas. Hal ini menyebabkan penduduk Muslim bangkit untuk mempertahankan hak mereka.
Kredit Posting Oleh : Seri Cendekiawan