Percayakah anda gajah yang selalu diagungkan oleh rakyat Thailand adalah, berasal dari sebuah kisah Hikayat Merong Mahawangsa? Gajah itu diberi nama 'Gemala Johari', lalu anaknya yang sulung membawa gajah tersebut ke benua Siam.
Gajah tersebut dikatakan mempunyai Sakti. Lalu membangunkanlah kerajaan anaknya yg sulung di benua Siam. Ia dikenali sehingga Hari ini sebagai kerajaan Ayuthayya (Bandar Bangkok sekarang) . Disinilah bermula ia dipanggil orang Siam. Mereka adalah susur galur dari orang Melayu juga dan rajanya ada petalian dari darah saudara yang membina Kerajaan Kedah.
Sebelum kerajaan benua Siam dijajah oleh orang Thai. Mengikut Merong Mahawangsa. Pernah diceritakan ketika hilangnya Raja Bersiong mereka mencari pengganti. Dimana keturunan anak Raja Bersiong. Mereka puas mencari kedalam Hutan di kaki pergunungan belum juga dijumpai. Lalu mereka terpaksa meminta pertolongan dari saudaranya dari Benua Siam dengan membawa Gajah Sakti tersebut. Lalu Gajah tersebut mencari terjumpalah susur galur anak Raja Bersiong untuk ditabalkan menjadi Raja memerintah Kedah. Gajah tersebut berjalan membawa anak yang akan menjadi pewaris raja diatas badannya. Lalu beraraklah mereka gembira kerana telah menjumpai pewaris kerajaan Kedah. [Sumber dipetik dari tafsiran Hikayat Merong Mahawangsa asal usul raja yang memerintah Kedah].
Namun sampai sekarang gajah tersebut berada disana. Pernah Thailand menjadikan Gajah sebagai lambang diraja. Dan dijadikan logo pasukan bolasepak mereka sehingga hari ni. Sampai sekarang Thailand diberi jolokan nama negara gajah putih.
Sumber gambar dibawah adalah dari buku koleksi yang ada di Eropah sejak tahun 1700 masihi. Yang menceritakan tentang gambaran kerajaan raja yg berada di Thailand pada masa itu.
Sumber : Kajian Asal Usul Melayu - KAUM
Disalin dari Halaman FB Alam Melayu Merindu (Mohamad Faridz Fatah)