Ilustrasi Gambar: Tengku Puteh |
FB Babai Racdmal - Hikayat Aceh - Maha Bisnu (turunan syith dari Betara guru)
Ini hikayat raja Aceh daripada asal turun temurun daripada Dagang Perbarun jua maka raja Indera Syah pun di bawa oranglah kepada Raja Cina. Maka di permulia raja akan dia dan di berikannyalah yang ditinggalkan raja Iskandar itu. Maka di suruh raja Cina perbuat sebuah istana di halaman mahligai maka di berikan raja Pupal akan Indera Syah maka raja ..
----
Raja Mahamad & Dewi Indera
Maka hairan raja Syah Muhamad melihat dia maka di suruhnya kerat buluh itu dan di suruhnya belah. Maka takdir Allaha Sabahaanaha Wa Ta’alaya maka keluarlah dari dalam buluh itu seorang perempuan daripada anak baludari terlalu elok rupanya. Maka ada mukanya seperti bulan purnama dan lakunya tida sebagainya. Maka raja Syah Mahamad pun terlalu sukacita maka puteri itu pun tunduk dengan malunya kerana melihat raja itu.
Maka raja Syah Muhamad pun berkata kepada tuan puteri itu, “Hai tuan puteri, mengapa tuan malu melihat hamba. Telah di lahirkan Allaha Sabahanaaha Wa Ta’alaya hari ini pertemuan tuan puteri dengan hamba hendak menyatakan pertemuan kita yang batin itu.” Maka tuan puteri itu pun disuruh raja Syah Muhamad buatkan di atas gajah rangka kelemba serta di iringkan segala dayang2. Maka tatkala sampailah tuan puteri itu ke istana maka di sambut segala anakda kekandanya dengan di berinya hormat maka ayah bonda baginda pun terlalulah sukacita melihat puteri baludari itu.
Maka sultan Manawar Syah pun menyuruhkan orang mendudukkan perjagaan akan pekerjaan menikahkan raja Syah Muhamad dengan tuan puteri Dewi Indera yang anak bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan itu. Maka pada suatu hari daripada Hari khamis maka raja Syah Mahamad pun nikahlah dengan tuan puteri Dewi Indera yang keinderaan itu. Maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’ala berapa lamanya maka raja Syah Mahamad itu beranak dua orang seorang laki2 bernama Sultan Ibrahim Syah dan seorang perempuan bernama Puteri Sofiah.
Kata yang berceritera maka ada pada tubuh antara bawah dagu kanan puteri itu sehelai roma amat panjang lagi amat puteri. Apakala terlihat raja Syah Muhamad kepada roma itu tiada syak hatinya maka pada suatu hari kata raja Syah Muhamad akan puteri Dewi Indera “Hai tuan puteri, mari kita bantun roma yang di bawah dagu anak kita ini kerana penglihat hamba tiada baik”.
Maka sahut tuan puteri Dewi Indera “Tuanku jika roma hamba ini berbantun daripada tubuh hamba nescaya datanglah perceraian antara kita kedua”.
Demi di dengar raja Syah Mahamad kata tuan puteri Dewi Indera demikian itu maka berdiam dirinya maka berapa lamanya pada suatu hari raja Syah Mahamad pun bermain2 kepada suatu tempat dan puteri Dewi Indera tatkala berbaring2 pada peraduannya lalu tertidur. Maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya raja Syah Muhamad pun datang maka di carinya tuan puteri Dewi Indera maka lalu kepada tempat peraduan tuan puteri itu maka di dapat tuan puteri tidur nyedar.
Maka fikir raja Syah Mahamad “Pada ketika ini dapatlah aku membantun roma yang di bawah dagu tuan puteri itu” maka di bantun. Setelah terbantun roma itu maka keluar darah putih daripada liang roma itu tiga titik maka tuan puteri itu pun terkejut lalu mati. Maka di lihat raja Syah Muhamad akan puteri Dewi Indera itu mati maka ia pun menyesal dirinya.
Raja Syah Mahmud
Kemudian dari itu berapa lamanya maka raja Syah Mahmud saudara raja Muhamad bermain2 dengan segala rakyatnya ke Sara Cina maka di lihat raja itu sebuah kolam yang amat besar lagi amat dalam airnya pun terlalu jernih kerisiknya pun putih seperti mataya yang seni2. Maka ada di dalamnya bunga Cangalanar dan pada segala tepi kolam itu beberapa daripada bunga2an yang amat indah2 daripada segala buah buahan yang indah2. Maka raja Syah pun terlalu sukacita dan tiadalah raja itu mahu meninggalkan kolam itu maka di suruhnya perbuat pada suatu tempat sebuah balai perhentian yang di perbuat daripada kolam itu.
Maka berapa lamanya raja itu di sana maka pada suatu ketika pada malam Jumaat bermain raja itu hampir kolam itu maka di lihat raja itu anak bidadari hendak mandi di kolam itu. Maka masing2 mereka itu mengantarkan baju kencalinya seorang suatu tempat di bawah pohon kayu yang di tebing kolam itu. Maka segala anak bidadari itu turun mandi ke kolam ketujuh tujuhnya maka raja Syah Mahmud pun hairan melihat hal demikian.
Setelah sudah segala anak bidadari itu mandi maka mereka itu pun masing2 mengambil baju kencalin itu. Setelah sudah mereka itu memakai baju maka mereka itu pun terbanglah ke udara hingga tiada kelihatan maka tiap2 malam Jumaat demikian jua. Maka raja Syah Mahmud terlalu melihat rupa anak bidadari itu maka nantiasa raja Syah Mahmud membicara mencari muslihat akan berdapat anak bidadari itu hingga dua tiga kali demikian itu.
Maka di anugerah akan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya suatu bicara akan raja Syah Mahmud itu pada mengambil baju mereka itu. Maka datang pada malam Jumaat anak bidadari itu pun mandi ke kolam seperti adatnya yang dahulu itu jua maka di hantarkan mereka itu baju kencalin seorang suatu tempat. Maka turunlah mereka itu lagi dengan senda gurau mereka itu tatkala mandi dalam kolam itu maka datang raja Syah Mahmud dengan suatu muslihat maka di ambilnya baju tuan puteri yang bungsu itu.
Maka raja itu pun segera keluar daripada tempat itu dan di bunyikannya baju itu pada suatu tempat maka raja itu pun berlindung pada suatu tempat yang hampir kolam itu. Kata yang berceritera setelah sudah puteri yang ketujuh itu mandi maka langkahlah mereka itu ke darat masing2 mengambil bajunya. Maka di lihat puteri bungsu itu bajunya tiadalah pada tempat yang di hantarkan itu maka puteri yang keenam itu masing2 berbajulah.
Apakala di lihat mereka itu pun hairanlah maka puteri bungsu itu pun menangis dan bertangisanlah ketujuh tujuhnya maka raja Syah Mahmud itu pun datanglah. Maka tatkala terlihat puteri yang keenam itu raja Syah Mahmud datang maka puteri yang keenam itu berdakap bercium dengan saudaranya maka kata segala saudaranya “Dan kali inilah perceraian kita dengan puteri bungsu” maka mereka itu pun terbanglah kembali ke udara.
Maka raja Syah Mahmud datang maka ia pun hairan serta menangis maka berkata raja Syah Mahmud itu berapa dengan kata yang nasihat dan kata yang melembutkan hati puteri itu maka puteri pun berdiam dirinya. Syahdan kata raja itu “Hai tuan puteri sabarlah tuan akan pekerjaan Allaha Taa’alaya kerana Allaha Sabahaanaha menyatakan pertemuan kita yang azali”. Maka sahut tuan puteri “Sebenarnyalah raja itu” maka raja Syah Mahmud pun menyuruh orang mengambil gajah rangga kelamba maka pada ketika itu jua gajah itu pun datang.
Maka puteri pun di suruh raja itu bawakan ke atas gajah kelamba serta di iringkan segala dayang2 maka raja Syah Mahmud kembali ke negeri Lamuri dengan membawa puteri bidadari. Maka tatkala sampailah tuan itu ke istana datanglah segala inangda kekanda raja itu menyambut tuan puteri itu maka di bawanya ke dalam istana. Maka tatkala di lihat ayah bonda raja itu tuan puteri dara yang keinderaan itu datang maka ayah bonda raja itu pun terlalu sukacita.
Raja Syah Mahmud & Puteri Madini Cendera
Maka sultan Manawar Syah pun mengucap syukur akan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kerana melihat kedua anak baginda itu beroleh puteri keinderaan. Maka sultan pun menyuruh orang mendudukkan pekerjaan hingga tujuh hari tujuh malam maka pada suatu hari Isnin. Maka raja Syah Mahmud pun nikah dengan tuan puteri Madini Cendera itu maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Berapa lamanya maka tuan puteri itu pun beranak dua orang seorang laki2 bernama raja Sulaiman Syah dan seorang perempuan bernama Puteri Arqiah.
Maka pada suatu ketika puteri berkata kepada raja Syah Mahmud “Jika kasih tuan hamba akan hamba maka hamba pintai daripada tuan hamba. Jangan kiranya tuan hamba menyumpah anak hamba anak jin dan anak pari”. Maka kata raja Syah Mahmud Ana Shaa Allaha Taa’alaya berkenanlah hamba dan hamba ingatkanlah kata itu maka dengan takdir Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Berapa lamanya maka raja Syah Mahmud pun lupalah akan tuan puteri itu.
Maka pada suatu ketika duduk raja Syah Mahmud maka anak raja itu lagi kecil duduk di sisi ayah bondanya maka bersenda gurau kedua anak raja itu lalu tersentuh bahu ayahnya. Maka raja Syah Mahmud pun amarah lalu menyumpah anaknya “Hai anak jin pari, mengapa demikian pekertimu ini” maka puteri Madini Cendera mendengar raja Syah Mahmud menyumpah anaknya demikian itu terlalu ngerunlah ia.
Setelah itu tiadalah lagi baik hatinya dan tiadalah ia mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan hanya kerjanya mencari bajunya itu jua hingga di dapatinya bajunya di bawah dapur dalam turap maka di ambilnya bajunya itu di bawahnya. Setelah itu maka di pakainya bajunya itu maka ia pun menangis anaknya yang kedua itu maka ia pun terbanglah ke bayungan istana. Maka raja Syah Mahmud pun datang maka katanya akan raja Syah Mahmud “Hai raja, tinggallah kita dengan anakda maka hamba kembalilah kepada saudara hamba”.
Setelah itu maka ia terbang kepada pohon nyiur maka ada ia terbang daripada pohon nyiur ke bayungan istana itu berulang2 dua tiga kali daripada kasih sayangnya akan anaknya itu. Kemudian dari itu maka terbanglah ia ke udara hingga tiadalah kelihatan pada mata raja Syah Mahmud maka raja Syah Mahmud pun amat dukacita dan menangis dan memalu2 dirinya dan menyesal dirinya menyumpah anaknya anak jin pari itu.
Maka pada suatu hari di panggil sultan Manawar Syah akan raja Syah Mahamad dan raja Syah Mahmud maka kata sultan Manawar Syah “Hai kamu kedua anakku, marilah cucuku yang kedua ini kududukkan sisinya keduanya sementara aku lagi hayat”. Maka sembah kedua raja itu kepada ayahnya “Tuanku mana titah tuanku tiada kami kedua melalui”. Setelah di dengar sultan Manawar Syah sembah kedua anaknya itu maka ia pun sukacita.
Pernikahan Cucu Raja Munawar Syah
Kemudian daripada berapa hari maka sultan Manawar Syah mendudukkan perjagaan akan kahwin bersukaa2anlah kedua raja itu dengan segala rakyatnya dan segala isi istana sehingga tujuh hari tujuh malam. Maka di nikahkan sultan Manawar Syah cucunya laki2 anak raja Syah Mamahad yang bernama raja Ibrahim Syah dengan cucunya perempuan yang bernama Arqiah itu. Kemudian daripada berapa hari pula maka di nikahkannya cucunya laki2 anak raja Syah Mahmud yang bernama raja Sulaiman Syah dengan cucunya perempuan yang bernama Sofiah itu.
Maka dengan takdir Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya berapa lamanya maka beranaklah raja Syah itu dua orang laki2 seorang bernama raja Muzafar Syah seorang bernama raja Shamsa Syah. Adapun raja Manawar Syah yang raja di negeri Lamiri yang mendapat anak bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan dan raja yang mendapat puteri bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan di Sara Cina itu daripada anak cucu raja Iskandar Zulqarnain seperti riwayat yang telah tersebut itu.
Penutup
Kata yang berceritera adapun seri sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat itu daripada pihak asal nasab baginda raja yang mendapat puteri anak bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan itu turun temurun daripada nasab dan bangsa raja Iskandar Zulqarnain.
Dan daripada asal nasab dan bangsa yang daripada puteri bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan daripada nasab dan bangsa Maha Bisnu yang raja di raja keinderaan kerana bahawa maharaja itu pada suatu zaman mendapat perbonda Seri Rama bernama puteri Mandu Dari pada perut buluh betung.
Dan bahawa moyang seri sultan Perkasa Alam bernama raja Syah Mahamad pun pada suatu zaman mendapat puteri anak bidadari yang berdarah putih yang raja keinderaan perut buluh betung jua.
Maka kata yang empunya ceritera jikalau Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya hendak kurniai akan seorang raja2 anak puteri bidadari yang di perut buluh betung itu daripada anak cucu Maha Bisnu jua. Maka asal nasab seri sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat seperti yang telah tersebut ini daripada pihak ayah baginda bermula Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jua yang amat mengetahui lagi yang amat tahu menceritera akan sesuatu ceritera.
Kata asal nasab daripada seri sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat itu bahawa sultan Inayat Syah yang kerajaan di Daro Al Kamal itu beranakkan sultan Firman Syah paduka marhum. Maka sultan Firman Syah paduka marhum itu beranakkan paduka marhum Said Al Kamal. Maka paduka marhum Said Al Kamal itu beranakkan paduka Syah Alam bonda seri sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat.
Adapun raja Muzafar Syah yang seayah sebonda dengan raja Manawar Syah itu beranakkan raja Shamsa Syah. Maka raja Shamsa Syah itu beranakkan al marhum Said Al marhum. Maka Said al marhum itu beranakkan paduka marhum maka paduka marhum itu beranakkan marhum muda.
Kata yang berceritera bahawa raja Muzafar Syah yang ayah dan Perkasa Alam daripada pihak ayah itu raja Mahkota Alam dan raja Inayat Syah yang ayah dan Perkasa Alam daripada pihak bonda itu raja di Daro Al Kamal. Maka segala hulubalang yang gagah dan segala rakyat yang terhisab banyaknya yang dalam negeri Aceh Daro Al Salam itu sekeliannya bahagi dua (2). Maka ada pintar ia daripada dua raja itu, suatu sawangnya setengah kepada raja Mahkota Alam, setengah kepada raja Daro Al Kamal.
Hikayat Aceh di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya