Ilustrasi Gambar: ihram.republika |
Disalin dari FB Mahamada al Mahadaya
بسم الله الرحمن الرحيم
Wa Baha Nasataa’yana و به نستعين. Bahawa inilah sungguhnya sejarah peraturan keturunan raja Bugis di negeri Luwuk yang bernama Lamdu Sholat keturunan daripada Sawi Rekading dan keturunan daripada Sitti Melangkik kerana setengah kata riwayat keturunan daripada Balqis isteri nabi Sulaiman A’layaha Al Salama Wa Lakana Allaha Taa’alaya Aa’lama Ba Haqoyaqota Haa و لكن الله تعالي بحقيقۃ ها. Lamdu Sholat inilah raja Bugis yang mula2 masuk Asaalama اسلام berimankan nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama محمد صلي الله عليه و سلم.
Maka ia inilah beranak tiga orang laki2 pertama anak Upu Pajung negeri Luwuk kerajaannya. Kedua Upu Tendar Burung Daeng Relaka ialah yang mengembara ke sebelah Barat menjadi kebanyakan menjadi raja2 pada pihak pulau Kalimantan seperti Mempawah dan Matan dan Pontianak dan Sambas. Bermasukkan ada yang sebelah ibu dan kebanyakan pula menjadi raja2 sebelah barat pihak Johor seperti Riau dan Lingga dan Selangor dan Siak dan Singapura.
Bermula jika hendak mengetahui salasilahnya itu maka ketahui olehmu adalah Upu Tendar Burung Daeng Relaka itu beranaklah lima (5) orang laki2 satu ibu dan satu bapa seorang anak perempuan lain ibu iaitu anak raja Bugis Tupamanah. Syahdan yang lima (5) orang laki2 itu iaitu pertama2 Upu Daeng Perani namanya. Kedua Upu Daeng Menambun yang jadi penambahan di Mempauh.
Ketiga Upu Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera yang jadi mula2 raja di Bugis di dalam negeri Riau. Keempat Upu Daeng Celak yang jadi Yam Tuan Muda Riau juga. Kelima Upu Daeng Kemasi yang jadi Pengeran Mangkubumi di Sambas keenam Datu Rowatu iaitu perempuan yang jadi raja di Tupamanah.
Maka lihat pada faedah sejarah ini yakni di belakang ini pada daerah yang bulat2 dan berangkai2 ini mana2 yang bergantung dan bercerai maka itulah anak cucunya akan tetapi mana2 yang sebelah kanan anak laki2 dan yang sebelah kiri anak perempuan.
Syahdan masa ada Upu Daeng Relaka lima beranak itu di dalam negeri Tupemanah berbinikan Datu Perempuan Tupamanah mendapat anak perempuan seorang namanya Datu Ruwatu ialah jadi raja Tupamanah dan di dalam tatkala Upu Daeng Relaka anak beranak di dalam negeri Tupamanah mendapat ia besi yang bisa daripada gembala kerbau yang di dapatnya di dalam kayu Sempul. Maka besi itu di perbuat badik dan taji di namakannya taji itu Kerami dan badik itu di berinya hulu tanduk kucing demikian kisahnya.
Kemudian pergilah pula Upu Daeng Relaka lima beranak yang laki2nya jadi enam dengan dirinya serta dengan juak2nya pergi mendapatkan saudara pupunya iaitu raja Buni maka keluar dari Buni itu pergi ke Mangkasar samalah raja Buni. Kemudian balik pula ia ke Buni semula sama2 raja Buni kemudian baharulah pergi ke Mangkasar dan sebilah keris di berikan oleh raja Buni kepada saudaranya Upu Daeng Relaka namanya keris itu Tanjung Lada. Maka di pakaikannya akan anaknya yang bernama Daeng Perani keris itulah yang di tikamkannya anak raja Mangkasar yang berbuat jahat dengan isteri raja Buni di Mangkasar iaitu mati anak raja Mangkasar.
Dan lalu pula ia pergi ke tanah Jawa negeri Betawi berjumpa saudaranya Upu Daeng Biasa namanya dari situlah ia mendapat sebuah pencalang di beri oleh saudaranya dengan secukup2nya modal serta senjatanya pencalang baharu sudah. Maka pencalang iu di bawanya pergi berlayar mengembara sebelah barah jatuh ke Sinatan lalulah berbini Upu Daeng Perani dengan satu anak orang Bugis namanya nakhoda Alang.
Maka dapat anak dua (2) orang perempuan seorang laki2 dan seorang perempuan dan lain lagi anaknya Daeng Perani di tanah Melayu seperti di Riau dan Kedah. Maka tilik sejarahnya di bawah ini maka jatuhlah pula sejarah Upu yang berlima saudara itu iaitu anak Upu Daeng Relaka adanya maka di mulai anak yang tua bernama Daeng Perani inilah sejarah di bawah ini.
Bermula Daeng Perani yang akan berbini di dalam Riau saudara marhum Sulaiman dapat seorang anak perempuan namanya raja Maimunah dan anaknya yang laki2 bernama Daeng Kemboja itu. Akhirnya jadi raja muda yang ketiga di dalam Riau dan anaknya yang perempuan yang seorang bersuamikan Yam Tuan Siak raja Alam dan raja Maimunah bersuamikan Temenggung Johor dan lagi anaknya dua orang perempuan yang satu di Selangor dan yang satu di Kedah.
Sebermula tatkala berlayarlah Upu Daeng Relaka enam beranak itu dari Siantan lalu ke Melaka dari Melaka lalu ke Kemboja balik dari Kemboja ke Siantan pula di peroleh menang menyabung sebuah kici itu di perbuatnya penjajab enam buah lagi menjadi tujuh (7) buah perahu perangnya. Maka pada waktu inilah Upu Daeng Relaka sudah kembali ke rahmat Allaha Taa’alaya tatkala anak2nya Upu itu lima beradik maka jatuhlah kepada sejarah yang kedua pada anak Upu yang bernama Daeng Menambun.
Syahdan ialah yang jadi raja di Mempauh yang bergelar Pengiran Emas Serba Negara sebab ia berbinikan anak sultan Matan yang bernama puteri Kamsia kerana adalah sultan Matan itu di rampas oleh saudaranya kerajannya lari ia membawa anak bininya ke Banjar.
Kemudian di langgarnya pula Matan tiada alah maka tertangkaplah ia oleh saudaranya itu lalu di kurungnya di dalam masjid. Kemudian datanglah Upu yang berlima bersaudara itu melepaskan dia mengembalikan kerajaannya semula saudaranya ratu Agung itu pun di tangkapnya pula lalu di kurungnya di dalam satu kota kecil sampai mati.
Syahdan Upu Daeng Menambun mendapatlah anak dengan puteri Kesumba sepuluh (10) orang enam (6) laki2 empat (4) perempuan seperti yang di buat pertitian di bawah ini. Kemudian setelah selesai daripada pekerjaannya maka Upu2 yang berlima beradik berlayarlah ke Riau dengan perahu penjajab perangnya tujuh (7) buah berlayarnya sebab di panggil sebelah pihak raja Melayu di Riau yang bernama Sultan Sulaiman. Sebab ia minta tolong ambilkan kerajaannya kepada raja Kecil di Siak maka apabila sampai ia ke Riau berjumpa dengan raja Sulaiman.
Maka raja Sulaiman minta tolong ambil kerajaannya kepada raja Siak lalu membuat perjanjian antara kedua pula iaitu jikalau jadi alah Siak raja Sulaiman jadi Yam Tuan Besar Upu yang berlima salah suatunya jadi Yam Tuan Muda selama2nya turun temurun sampai anak cucu cicitnya. Barang siapa mungkir di binasakan Allaha dan lagi memerintah kerajaan Riau Johor dengan segala daerah takluknya Yang Di pertuan Mudalah yang empunya kuasa.
Syahdan apabila sudah selesai sumpah perjanjian itu maka Upu yang berlima (5) pun menyiapkan penjajabnya. Apabila sudah siap lalulah ia pergi melanggar raja Kecil ke Siak maka raja Kecil pun alahlah lalulah di dapatnya segala kerajaan Johor itu.
Maka di bawanya ke Riau lalulah ia melantik raja Sulaiman bergelar sultan Sulaiman Badar Al Alam Syah dan sultan Sulaiman melantik Upu Daeng Merewah menjadi Yang Di Pertuan Muda dan Daeng Celak pun di nikahkan dengan saudaranya yang muda bernama tengku Puan dan timang timangannya tengku Mendak.
Maka jatuhlah pada sejarah Upu Daeng Merewah anak Upu yang tiga (3) oleh Upu Daeng Relaka. Bermula Upu Daeng Merewah itu sudah bergelar Yam Tuan Muda berbinikan anak temenggung yang bernama Encik Ayu maka dapat anak tiga (3) orang seperti yang di perbuat petitiannya di bawah ini.
Syahdan apabila sudah selesai Upu2 yang berlima beradik itu di sampaikan janji oleh Sultan Sulaiman iaitu Upu Daeng Merewah sudah jadi Yang Di pertuan Muda. Maka tiada berapa lamanya raja Kedah pun berkirim surat kepada Upu2 yang berlima beradik ia minta tolong yang kerajaannya di ambil oleh saudaranya yang muda daripadanya dengan kekerasannya sahaja Upu yang berlima beradik pun berangkatlah ke Kedah. Maka apabila sampai ia ke Kedah berjumpalah ia dengan raja Kedah yang tua itu maka raja Kedah yang tua pun minta tolonglah tutup malunya itu.
Apabila selamat sampai maksudnya di berinya hadiah lima belas bahara maka menerimalah Upu2 yang lima beradik itu maka lalulah berperang ia dengan Yamtuan Kedah yang lama itu. Ada kira2 sebulan lamanya Yamtuan yang lama pun alahlah dapatlah kotanya ia pun keluarlah lari maka di angkatnyalah yang tua jadi raja di dalam Kedah.
Maka di bayarlah oleh raja Kedah perjanjiannya itu kira2 tiga (3) bahara dahulu yang selebihnya lagi bertangguh ia maka Upu yang berlima beradik itupun baliklah ke Riau dengan kemenangannya. Maka apabila sudah tetap ia di Riau maka jatuhlah pada sejarah Upu Daeng Celak itu Daeng Pali.
Fasal sejarah marhum mangkat di Kota iaitu Daeng Pali putera Upu. Bermula Daeng Pali itu iaitulah raja muda yang kedua bergelar sultan A’la Al Din abana Upu juga ialah marhum mangkat di kota dan adalah ia beristerikan raja Melayu saudara marhum Sulaiman yang bernama tengku Mendak.
Adalah puteranya dengan tengku Mendak ini dua (2) orang perempuan seorang namanya tengku Putih ialah jadi isteri marhum A’bada Al Jalil putera marhum Sulaiman beranakkan marhum Mahmud ayah marhum sultan A’bada Al Rohamana dan datuk marhum Mahamada dan moyang Yang Di Pertuan Besar sultan Mahmud pada tarikh membuat sejarah ini.
Kedua puteranya marhum mangkat di kota dengan tengku Mendak itu namanya tengku Hitam ialah bersuamikan tuan Sayada (Said) Husin namanya bana Yahaya dan berputerakan tengku Syarifah dan tengku Syarifah itu bersuamikan Engku Sayada (Said) Zayana Al Qudsi mengadakan beberapa anak daripadanya iaitu tengku Andak dan tengku Ngah dan tengku Ni dan tengku Irang dan tengku Awak dan tengku Nong. Kemudian puteranya marhum Sholeh iaitu sultan sultan di negeri Selangor adalah kupiknya orang Melayu kedua raja Haji iaitu marhum mangkat di teluk Ketapang Al Shahayada Faya Sabayalaha Allaha الشهيد في سبيله اللهadanya.
Ketiga (3) putera marhum mangkat di kota yang lain daripada tengku Putih dan tengku Hitam iaitu perempuan namanya raja Aminah jadi isteri orang Lenga berputerakan encik engku raja Sulaiman dan encik engku raja Sulaiman ini bersterikan raja Buntit putera marhum mangkat di teluk Ketapang.
Maka berputerakan raja Antih yang jadi isteri marhum sultan A’bada Al Rahman putera sultan Mahmud dan raja Antih inilah bonda sultan Mahamada putera marhum sultan A’bada Al Rahman. Kedua (2) puteranya encik Engku raja Sulaiman itu raja Awak namanya ialah jadi isteri engku Temenggung putera yang kecil putera raja Maimunah yang telah tersebut dahulu itu. Kemudian putera marhum mangkat di kota itu raja Halimah iaitu jadi isteri marhum sultan Jambi lihatlah pertitiannya bulat2 di bawah ini.
Bermula apabila tetaplah Upu2 yang berlima (5) beradik itu di dalam negeri maka saudaranya Upu Daeng Menambum serta saudaranya Upu Daeng Kemasi pun bermohonlah kepada paduka kekanda adinda yang bertiga beradik itu akan balik ke Mempauh. Maka berlayarlah Upu Daeng Menambun serta saudaranya Upu Daeng Kemasi ke Sambas tujuh (7) buah kelengkapan perahunya. Maka apabila sampai ke Sambas lalu di permuliakan sultan Sambas lalu di kahwinkannya dengan saudaranya yang bernama raden Tengah.
Maka jatuhlah pada sejarah Upu Daeng Kemasi yang di gelar sultan Sambas pengiran Mangkubumi memerintahkan di dalam negeri Sambas dengan segala takluk daerahnya. Maka ialah mendapat anak (4) empat orang pertama Mas Sani namanya kedua Mas Saja namanya ketiga Daeng Buka namanya keempat Mas Utih namanya maka lihatlah olehmu akan pertitiannya di bawah ini.
Sebemula apabila sudah kembalilah saudara Upu Daeng Perani serta Upu2 yang berdua itu iaitu Upu Daeng Celak dan Yamtuan Muda Riau iaitu Daeng Merewah. Maka apabila aman di dalam Riau tiada beberapa masa datanglah langgar raja Kecik ke Riau lalu berperang di pulau Bayan. Dua hari lamanya raja Kecik pun alah beberapa orang2nya serta panglima yang mati dan harta benda yang binasa hilang lalu ia lari ke Kedah maka di ikut oleh Upu2 yang bertiga beradik ke Kedah berperang pula di Kedah.
Maka raja Kecik pun alah pula lalu lari balik ke Siak serta dengan kerugian dan kemaluan akan tetapi dengan takdir Allaha serta sampai sudah bilangan umur hambanya pada Luh Mahfuz maka pada perang inilah mangkat Upu Daeng Perani kena peluru meriam. Kata setengah riwayat di aruk orang malam2 dengan meriam syahdan tatkala selesailah perang itu maka baginda Yamtuan serta paduka adinda Upu Daeng Celak pun balikah ke Riau dengan kemenangannya adanya Anatahaya.
Bermula adalah seperti Daeng Menambun yang sudah balik ke Matan itu maka tatkala tiada berapa lamanya Upu Daeng Menambun pulang ke Matan. Maka lalu di gelar oleh sultan Mahamada Zayana Al Abidin pengiran Mas Seri Negara menjadi raja di dalam negeri Mempauh dan ada kerabat sebelah isterinya puteri Kesumba yang bernama Pinang Sayak namanya pengiran Dapati anaknya bernama raden Jaga.
Maka tatkala anak pengiran Mas Seri Negara yang bernama gusti Jemaril pergi berniaga ke hulu membawa dagangan Betawi kerana gusti Jemaril sudah berbini di Betawi akan saudara pupunya iaitu Daeng Merada anak Upu Daeng Kelula anak Upu Daeng Biasa yang jadi Mayur Bugis di Betawi.
Maka tatkala gusti Jemaril balik ke Mempauh membawa beberapa dagangan di bawanya mudik ke hulu maka di perdayakan oleh Dayak sebelah pengiran Dapati iaitu Dayak Silir namanya. Maka di suruh oleh pengiran Seri Negara Demang Relaka menunggu hutang2 Dayak2 itu maka Dayak itu membuat fitnah kepada raden Jaga suruh langgar Demang Relaka pun hilir mengadap pengiran Mas Seri Negara. Maka pengiran Seri Negara pun mudiklah ke Pinang Sekayuk berperang dengan pengiran Dipati itu sama2 berkubu tiga (3) bulan tiada beralahan.
Maka pengiran Seri Negara pun menyuruh ke Sambas kepada saudaranya pengiran Mangkubumi mengkhabarkan pergaduhannya. Maka pengiran Mangkubumi pun datang membantu ke Mempauh dan lalu menyuruh pula satu andari gurunya namanya Lemaluk memberi khabar kepada saudaranya Yamtuan Muda Riau serta saudaranya Upu Daeng Celak. Syahdan apabila sampailah ia maka memaklumkanlah andari guru Lemaluk itu kepada Yamtuan Muda dan kepada Upu Daeng Celak maka bersiaplah Yamtuan Muda serta Upu Daeng Celak akan segala penjajabnya akan di bawa pergi perang.
Maka di dalam hal itu Yamtuan pun berlayar ke Tapakan maka balik dari Tapakan sampai ke Pitung sudah sampai janjinya yang tersurat pada Luh Mahfuz maka mangkatlah Yamtuan Muda itu di Pitung. Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Roajaa’wana maka di bawa oranglah jenazahnya ke Riau maka sangatlah dukacitanya sultan Sulaiman serta Upu Daeng Celak akan kehilangan Yamtuan Muda itu maka di tanam dan di makamkanlah di sungai Baru. Maka apabila selesai daripada pekerjaan itu maka menjadi Yamtuan Muda pula Daeng Celak.
Setelah selesai patah tumbuh hilang berganti ibarat Melayu maka berangkatlah Yamtuan Muda ke Mempauh membantu saudaranya pengiran Mas Seri Negara. Adalah ia berangkat tiada banyak kelengkapannya hanyalah perjajab yang besar tujuh buah yang tahan menanggung meriam panjang tujuh hasta maka berlayarlah ia dari Riau ke Mempauh.
Maka apabila sampai ke Mempauh lalulah ia mudik ke Sebukit pengiran Seri Negara pun hilirlah berjumpa saudaranya. Syahdan ada satu raja Landak namanya ratu bagus membantu sebelah pengiran Seri Negara itu maka anak raja Landak itu di buat oleh pengiran Seri Negara menantu dengan kemuafakatan Yamtuan Muda lalulah di kahwinkan di Sebukit iaitu tempat kerajaan Mempauh.
Maka selesailah daripada nikah kahwin itu lalu mudik ke hulu pengiran Seri Negara bersama saudaranya Yamtuan Muda raden Melangkar pengiran Dipati maka berperang besarlah pengiran Seri Negara serta Yamtuan Muda Riau dengan pengiran Dipati serta anaknya raden Jaga. Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya maka pengiran Dipati pun alahlah maka iapun larilah maka dapatlah negerinya dan kota paritnya oleh pengiran Emas Seri Negara itu.
Syahdan apabila sudah selesailah perang Mempauh itu maka Yamtuan Muda Riau pun berangkatlah balik ke Riau dan pengiran Mangkubumi di Sambas pun baliklah ke Sambas. Maka ia kedua bersaudara pun meninggalkan beberapa anak cucu di belakangnya lihatlah pada pertitian sejarah di bawah ini adanya.
Fasal sejarah marhum Janggut iaitu Daeng Kemboja. Bermula marhum Janggut ini Yang Di pertuan Muda yang ketiga daripada cucu Upu zaman dialah yang meramaikan Riau dan yang bergaduh dengan raja sebelah Melayu sampai pindah ke Lingga dan berperang di sana dengan Holanda. Kemudian balik pula menjadi raja di dalam Riau dan ialah yang beristerikan raja Fathimah putera marhum mangkat di sungai Baru iaitu Kelana Jaya Putera Daeng Merewah.
Dan adapun putera pertama raja Perak iaitu jadi isteri marhum mangkat di Teluk Ketapang berputerakan engku Besar dan engku Puteri yang isteri marhum sultan Mahmud dan engku Besar itu jadi isteri raja Bugis Tupamanah namanya Kerayang Tulibak. Kedua puteranya marhum Janggut raja Khadijah namanya.
Ketiga raja Andak namanya yang jadi isteri marhum Selangor yang kedua iaitu raja Ibrahim putera marhum Sholeh. Ketiga raja Said namanya keempat raja Ashah namanya timangannya Daeng Witir ialah yang jadi isteri raja Ismail putera raja Said putera Daeng Merewah. Kelima raja Andud namanya keenam raja Ali namanya iaitu marhum pulau Bayan. Ketujuh raja A’bada Al Shomad kedelapan raja Usah.
Syahdan yang tujuh beradik itu satu bonda dan satu ayahanda. Adapun raja Usah adalah kupiknya bukannya raja dan adalah raja Usah berbinikan mak sauara perempuan panglima perang Meliga namanya encik Aisyah dapat anak pertama raja Tengah kedua raja Buruk ketiga Sholeh raja tengah. Raja Buruk itu mengadakan anak belaka lagi akan datang pada sejarahnya adanya.
Fasal sejarah marhum Teluk Ketapang iaitu raja Haji. Bermula adalah raja Saja iaitu marhum mangkat di Teluk Ketapang ini iaitulah Yang Di pertuan Muda yang keempat daripada cucu Upu. Ialah yang mengalahkan beberapa negeri Melayu dan menaklukkan beberapa tempat. Adapun negeri yang di alahkannya pertama Kedah kedua Perak ketiga Inderagiri keempat Senggu.
Adapun teluk rantau yang di takluk yang di muliakannya iaitu Retih dan Batin enam suku Ungar Buru dan Kerimun iaitu di ambilnya dengan perang daripada tangan raja Hijau dan datuk Melakkat adalah mangkatnya sebab perang dengan Holanda di negeri Melaka di Teluk Ketapang adanya.
Bermula adalah puteranya yang tuanya raja Selamah namanya adalah bonda raja Selamah ini raja Maran iaitu raja Asahan adalah tempatnya raja Selamah Engku Telak dan ialah yang jadi isteri raja Nala saudara marhum Selangor raja Ibrahim putera marhum Sholeh raja Selangor yang pertama daripada cucu Upu.
Syahdan ialah yang beranakkan raja Hasan di Lukut kedua puteranya raja Siti namanya iaitu engku Besar ialah yang jadi isteri raja Bugis Tupamanah yang bernama Engku Kering Telibak. Ketiga raja Hamidah iaitu engku Putera ialah yang jadi isteri marhum Mahmud yang pertama iaitu marhum besar yang mangkat di Lingga.
Adalah engku Besar dan engku Puteri ini satu bondanya iaitu raja Perak putera marhum Janggut dan lagi puteranya marhum Teluk Ketapang dua orang perempuan dengan anak raja Inderagiri pertama iaitu raja Buntit ialah yang jadi isteri encik engku Sulaiman dapat anak seorang perempuan bernama raja Antih jadi isteri sultan A’bada Al Rahman jadi bonda sultan Mahamada yang di kata orang marhum Kedatuan.
Kedua anaknya perempuan bernama raja Awak jadi isteri temenggung Johor A’bada Al Rahman. Kedua puteranya marhum Teluk Ketapang dengan anak raja Inderagiri iaitu engku Tengah namanya ialah yang jadi isteri marhum Selangor iaitu Ibrahim raja kedua di negeri Selangor ialah yang bergelar engku Puan.
Adapun putera marhum Teluk Ketapang yang lain daripada itu yang berkupik iaitu raja Aminah dan raja Pasar. Adapun puteranya yang laki2 sepeninggalan ia mangkat ada empat beradik pertama raja Jaafar kedua raja Idris ketiga raja Pahang keempat raja Ahmad.
Adapun raja Jaafar itu ialah yang jadi raja di dalam Riau ialah Yang Di Pertuan Muda yang keenam daripada cucu Upu ialah yang mendamaikan antaranya serta Yang Di Pertuan Besar sultan A’bada Al Rahman dengan kebernaman Holanda dan mentadbirkan membuang perompak orang jahat ialah yang mengambil pulau Kerimun daripada sultan Husian Singapura dengan perang bersama2 dengan Holanda menolongnya.
Ialah yang berpindah ke Selangor di bawa oleh kekanda baginda Yang Di pertuan Selangor serta saudaranya bertiga beradik sampai ke Selangor lalu di kurniakan oleh kekanda baginda itu satu sungai bernama Kelang akan nafkahnya adik beradik kemudian di ambil pula oleh marhum sultan Mahmud ketika jadi Yang Di pertuan Muda dalam Riau adanya.
Adapun raja Idris dan raja Ahmad kedua beristerikan putera marhum pulau Bayan. Isteri raja Idris bernama raja Shofiah dan isteri raja Ahmad bernama raja Hawa keduanya itu mengadakan anak2. Syahdan tatkala sampai ke Riau beristerikan putera marhum pulau Bayan yang bernama raja Lebar adalah ia berlantik di Lingga.
Fasal sejarah marhum pulau Bayan iaitu raja Ali putera marhum Janggut. Bermula adalah marhum pulau Bayan ialah raja muda yang kelima di negeri Riau maka ialah yang berpindah dari Riau ke Sukadana tatkala Riau di alahkan oleh Holanda. Kemudian di peranginya lagi lalu ia undur ke Siantan dari Siantan lalu ke Riau ia berperang dengan saudara pupunya yang bernama engku Muda putera raja Maimunah putera marhum Janggut adalah ayahandanya engku Muda itu raja temenggung orang Melayu. Maka tatkala sudah alah engku Muda itu lalu bersuluh berdamai adik beradik tetaplah ia menjadi Yang Di pertuan Muda di dalam Riau dan ialah yang beristerikan raja Penuh putera marhum Sholeh di Selangor.
Bermula adalah putera2nya ada laki2 dan perempuan. Adapun yang pertama raja Isa kedua raja Ismail ketiga raja Yunus keempat raja Basak kelima raja Ahmad keenam raja Jaafar ketujuh raja Qosim kedelapan raja Husin kesembilan raja Hasan. Adapun yang perempuan pertama raja Khadijah dan kedua raja Shofiah ketiga raja Lebar keempat raja Hawa kelima raja Jamilah keenam raja Asiah ketujuh raja Aminah. Maka segala putera2nya yang tersebut itu berkupik semuanya.
Fasal sejarah saudara2nya marhum pulau Bayan pertama raja A’bada Al Shomad adalah puteranya pertama raja Amar ialah beristerikan raja Khadijah putera marhum pulau Bayan mengadakan anak kedua raja Haji. Adapun perempuannya pertama raja Awak ialah jadi isteri raja Isa putera marhum pulau Bayan mengadakan iaitu raja Yaakub serta saudara2nya yang seibu dengan dia kedua raja Siti ialah yang jadi isteri raja Ismail putera marhum pulau Bayan mengadakan anak seperti raja Mahamada serta saudaranya yang seibu dengan dia ketiga raja Limah ialah jadi isteri Daeng Ahmad anak Daeng Makdik mengadakan anak belaka.
Adapun raja Andut saudara marhum pulau Bayan adalah puteranya laki2 dua (2) orang pertama raja Musa ialah berbinikan encik Fathimah mengadakan anak juga iaitu raja Maimunah kedua puteranya raja Andut itu raja Mahamada namanya ialah beristerikan raja Buruk putera raja Usah putera marhum Janggut dan yang berputerakan raja Fathimah isteri raja Jumaat putera marhum Jaafar. Bermula adapun raja Johor dan raja Hitam iaitu putera raja Usah dengan encik Puan bonda raja daripada raja Johor inilah keluarnya raja Andut dan raja A’bada Al Shomad dan raja Siad dan raja Perang dan beberapa lagi perempuan barang yang tiada di sebutkan pada mahatashoro ini Anatahaya.
Fasal sejarah marhum Jaafar putera marhum raja Haji Faya Sabayala Allaha. Bermula adalah marhum Jaafar itu ialah Yang Di pertuan Muda yang keenam yang jadi raja di dalam Riau daripada anak cucunya. Adapun bermula sebelum ia menjadi raja adalah ia di bawa oleh paduka kekanda baginda marhum Selangor raja Ibrahim pindah ke Selangor tujuh beradik yang laki2nya marhum Jaafar dan raja Idris dan raja Pahang dan raja Ahmad dan yang perempuan engku Puan dan raja Aminah dan raja Pasir.
Maka di kurniakan oleh kekanda baginda Yang Di pertuan Selangor satu sungai namanya Kelang akan jadi nafkah persantapan adik beradik kira2 tujuh (7) tahun datang ambil daripada paduka kekanda baginda marhum Mahmud putera tengku Putih putera marhum mangkat di kota iaitu Daeng Pali adalah ayahandanya marhum Mahmud marhum A’bada Al Jalil putera marhum Sulaiman.
Syahdan tatkala ambil daripada paduka kekanda baginda marhum Mahmud lalulah berangkat ke Linggi dengan segala Peranakan Bugis sampai ke Linggi di lantiklah di dalam Linggi jadi Yang Di pertuan Muda di dalam Riau. Maka tatkala sudah mangkat marhum Mahmud di gantikannya puteranya marhum A’bada Al Rahman baharulah mendatangkan damai antaranya dengan kebernaman Holanda berbuat perjanjian yang di perpegang yang lain belakangnya. Bermula adalah putera marhum Jaafar itu banyak juga ada yang laki2 dan ada yang perempuan.
Adapun dengan raja Lebar putera marhum pulau Bayan yang sampai besar empat (4) orang pertama raja A’bada Al Rahman ialah yang jadi Yang Di pertuan Muda yang ke tujuh di dalam negeri Riau ialah beristerikan raja Fathimah putera raja Idris saudara marhum raja Jaafar itu dan mengadakan beberapa anak laki2 dan perempuan seperti raja Idris serta saudaranya kedua raja Maimunah ialah jadi isteri tengku Irang putera tengku Syarifah banata Said Husin bana Yahaya dan tengku Syarifah bondanya tengku Hitam saudaranya marhum teluk Ketapang iaitu raja Haji putera marhum mangkat di kota.
Maka raja Maimunah mengadakan anak laki2 dan perempuan seperti Said Mahmud serta saudaranya ketiga raja Ali iaitu Yang Di Pertuan Muda yang delapan (
menjadi raja di dalam negeri Riau. Adalah ia beristerikan raja Siti putera raja Idris saudara marhum juga adalah ia mengadakan beberapa anak laki2 dan perempuan seperti raja Manshur serta segala saudaranya iaitu raja Perak perempuan dan raja Andut dan raja Mahamada Yusuf iaitu Yang Di pertuan Muda yang ke sepuluh daripada anak cucu Upu Daeng Merewah dan raja Awang yang perempuan raja Shofiah dan raja Busu dan raja Midah lain daripada itu anak gundik keempat raja A’bada Allaha namanya.
Ialah jadi Yang Di Pertuan Muda yang ke sembilan yang balik semula gelaran Yamtuan Muda Riau sultan A’la Al Din Syah abana Upu sebab kerana hampir2kan hilang peraturan sumpah setia yang lama2. Maka mengingatkan semula berdiri pula sumpah setia adat istiadat yang dahulu antara dengan pihak antara Yang Di pertuan Besar syahdan ialah yang jadi Maroshada مرشد (Mursyid) pada thoriqat Naqshabandiah Al Kholadiah Al Junid.
Syahdan adalah ia beristeri dua orang pertama isterinya tengku Tengah putera marhum A’bada Al Rahman di Lingga sudah mangkat meninggalkan beberapa anak laki2 setengah daripadanya raja Manshur dan raja Mahamada Haji tengku Nong dan raja Osman dan raja Jumaat serta saudaranya.
Kemudian beristeri pula akan raja Jawi putera raja Ahmad saudara marhum Jaafar juga mengadakan anak laki2 dan perempuan juga seperti raja Maimunah isteri raja Hasan anak engku Haji Ali abana Upu raja Haji Ahmad. Syahdan yang lain daripada anak gundik beberapa lagi tiada di sebutkan di sini. Syahdan inilah putera2 dan cucu marhum Jaafar dengan raja Lebar yang gahara. Adapun yang lain daripada itu beberapa laki2 dan perempuan anak2 yang lain daripada raja Lebar itu maka inilah bilangannya.
Adapun yang laki2 pertama raja Jumaat kedua raja Mahamada ketiga raja Qasim keempat raja Mahmud kelima raja Sulaiman yang lima beradik laki2 ini zahir di dalam Kelang. Adapun laginya yang zahir di Riau pertama raja Husin kedua raja Yusuf ketiga raja Abas. Adapun yang perempuan pertama raja Khadijah kedua raja Saodah ketiga raja Halijah keempat raja Hasimah kelima raja Mariam keenam raja Fathimah. Ketujuh raja Nur kedelapan raja Zabedah kesembilan raja Hamidah kesepuluh raja Siti kesebelas raja Shofiah kedua belas raja Salma ketiga belas raja Habibah.
Adapun raja Khadijah bersuamikan raja A’bada Allaha putera marhum Selangor raja Ibrahim. Adapun raja Saodah bersuamika raja Jaafar putera marhum pulau Bayan. Adapun raja Halimah bersuamikan anak saudara engku Puan Selangor sebelah bondanya yang bernama raja Husin. Adapun raja Mariam bersuamikan tuan Said Masathofaya Idrus Peranakan Kubu kemudian bersuamikan raja Jumaat cucu marhum pulau Bayan.
Segala yang tersebut itu ada meninggalkan anak ada yang mati ada yang hidup. Adapun raja Halimah bersuamikan raja Ali putera raja Ahmad saudara marhum raja Jaafar mengadakan beberapa anak setengah daripadanya raja Hasan serta saudaranya.
Adapun raja Fathimah bersuamikan marhum sultan Mahamada iaitu marhum Kedatuan. Adapun raja Nur bersuamikan raja A’bada Al Rahman puteri raja Idris saudara marhum Jaafar. Adapun raja Zabedah bersuamikan raja A’bada Allaha putera raja Ahmad saudara marhum raja Jaafar itu juga.
Adapun raja Salma bersuamikan raja A’bada Al Hamid putera raja Ahmad saudara marhum Jaafar itu juga. Adapun raja Habibah bersuamikan raja A’bada Al Ghoni putera raja Idris saudara marhum Jaafar itu juga. Syahdan segala yang tersebut itu mengadakan anak belaka melainkan raja Fathimah isteri marhum Kedatuan maka iaitu tiada beranak Anatahaya.
Fasal sejarah saudara marhum raja Jaafar yang bernama raja Idris. Bermula raja Idris ini adalah kedudukannya seperti hulubalang kepada marhum Jaafar ialah melawan berperang raja Bugis yang bernama engku Kering Cendera Pulah di dalam Riau. Bermula puteranya dengan raja Shofiah putera marhum pulau Bayan pertama raja Fathimah ialah jadi isteri marhum A’bada Al Rahman putera marhum Jaafar.
Kedua raja Siti ialah jadi isteri marhum raja Ali putera marhum raja Jaafar juga yang lain daripada itu puteranya yang lain2 ibu yang laki2nya pertama raja Basak dan kedua raja A’bada Al Rahman dan ketiga raja Ibrahim iaitu suami raja Hamidah putera marhum Jaafar. Keempat raja ini ialah jadi suami raja Habibah putera marhum Jaafar.
Adapun yang perempuan pertama raja Halimah ialah bersuamikan raja Bugis bernama Daeng Mebila. Kedua raja Halimah ialah yang bersuamikan raja Andak putera raja Ahmad saudara marhum Jaafar. Ketiga raja Salamah ialah bersuamikan raja Yusuf putera marhum raja Jaafar. Keempat raja Aisyah ialah yang bersuamikan raja Ali putera raja Mahamada suami raja Buruk yang telah tersebut dahulu itu. Kelima raja Aminah ialah jadi isteri raja A’bada Al Rahman putera raja Ismail anak marhum pulau Bayan. Syahdan segala yang tersebut itu ada yang mengadakan anak ada yang tidak Anatahaya.
Fasal sejarah saudara marhum Jaafar yang bernama raja Ahmad. Bermula adalah raja Ahmad adalah ia putera yang bungsu sekali daripada putera marhum mangkat di teluk Ketapang iaitu raja Haji adalah ia di dalam peliharaan marhum raja Jaafar di perbuatnya seperti anaknya sebab ia yang terlebih kecil sekali di tinggalkan marhum teluk Ketapang dan tiadalah ia bercerai dengan marhum raja Jaafar adalah mempunyai pengetahuan pada ilmu Pelikah daripada perkitaran mati hari dan bulan dan segala bintang yang berkitar pada manzilnya dan burujnya dan ialah yang mula2 anak raja Riau pergi haji ke Makah Al Masharofah berdua beranak iaitu anaknya yang bernama raja Ali.
Syahdan adalah ia mengadakan beberapa anak laki2 dan perempuan. Adapun yang laki2 pertama raja Ali ibunya encik Hamilah anak panglima perang di Selangor. Kedua raja A’bada Allaha adalah ibunya encik Halijah serliwatang di Lingga. Ketiga raja Andut seibu dengan raja A’bada Allaha juga. Keempat raja Kecik adalah ia seibu dengan raja A’bada Allaha itu juga. Kelima raja A’bada Al Hamid. Ketujuh raja Said. Adapun yang perempuan pertama raja Sholihah iaitu seibu dengan raja Ali. Kedua raja Chik iaitu seibu dengna raja Ali itu juga. Ketiga raja Fathimah iaitu ibunya anak temenggung Inderagiri.
Keempat raja Aisyah adalah bondanya raja Hawa putera marhum pulau Bayan. Kelima raja Shofiah keenam raja Maimunah iaitu jadi isteri engku Busur raja Inderagiri. Keenam raja Salamah ketujuh raja Hawa iaitu jadi isteri raja A’bada Allaha putera marhum Jaafar dengan raja Lebar putera marhum pulau Bayan mengadakan anak laki2 dan perempuan. Kedelapan raja Mariam isteri raja A’bada Al Rahman Haji putera raja Idris saudara marhum Jaafar juga Anatahaya.
Fasal sejarah marhum Sholeh di Selangor iaitu saudara marhum teluk Ketapang iaitu raja Haji putera marhum mangkat di kota. Bermula adalah marhum ini ialah raja di negeri Selangor bergelar sultan Sholeh Al Din adalah ia mengadakan anak laki2 dan perempuan.
Adapun yang laki2 bernama raja Ibrahim iaitu sultan Selangor yang kedua. Kedua raja Nalamas marhum Ibrahim menjadi sultan ialah menjadi raja muda di dalam negeri Selangor. Adapun yang perempuannya pertama raja Penawah ialah bersuamikan raja Kedah kemudian bersuamikan raja Ali marhum pulau Bayan kemudian bersuamikan orang Temujung beranakkan raja Besik sama bonda dengan marhum Ibrahim dengan raja Nala adalah bondanya putera marhum sungai Baru iaitu Daeng Merewah.
Kedua raja Perak ibunya orang kebanyakan adalah ia bersuamikan tuan Said Mahamada bana Yahaya beranak seorang perempuan. Kelima raja Syarifah ialah bersuamikan raja Perak tiada beranak kemudian bersuamikan raja Banjar namanya pengiran bercerai hidup kedua suaminya itu adanya.
Fasal sejarah marhum Ibrahim Selangor. Bermula marhum Selangor itu iaitu sultan Yang Di pertuan Besar yang kedua di dalam negeri Selangor daripada anak cucunya Upu. Adalah ia sepupu dengan putera marhum yang mangkat di teluk Ketapang dan sepupu juga dengan marhum Yang Di pertuan Besar sultan Mahmud yang mangkat di negeri Lingga sebab bondanya tengku Putih putera marhum mangkat di kota anak Upu. Syahdan ada puteranya beberapa laki2 dan beberapa perempuan.
Bermula yang laki2 raja Ismail bondanya raja Kedah namanya cucu kedua puteranya pertama raja Said bondanya raja Andak putera raja Fathimah putera marhum Janggut. Ketiga raja Mahamada kupiknya encik Halimah anak maharaja Lela orang Bugis. Keempat raja Haji kupiknya encik Saemah daripada anak baik2 Bugis juga. Kelima raja A’bada Allaha yang jadi menantu marhum raja Jaafar. Keenam raja Ahmada jadi benantu panglima perang Melaka. Ketujuh raja Usah anak gundik. Kedelapan raja Hasan anak gundik juga. Kesembilah raja Husin kesepuluh raja Yusuf. Kesebelas raja Sholeh semuanya anak gundik.
Adapun puteranya yang perempuan pertama raja Fathimah. Kedua raja Maimunah ketiga raja Khadijah. Keempat raja Aminah kelima raja Aisyah. Keenam raja Siti ketujuh raja Mariam. Kedelapan raja Hamidah dan barang kali ada lagi tiadalah fakir tahu akan namanya Anatahaya Al Kalaama.
Sumber: Manuskrip Riau
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي