Gambar Ilustrasi: researchgate |
Disalin dari kiriman FB Amer Daniel
Negara negara Barat " Gunung Ledang " dikenali sebagai " Mount Ophir ". Nama ini berasal dari bahasa Yahudi Tua atau bahasa Hebrew.
Mula terkenal nya nama ini ialah seorang ahli pelayaran bangsa Grik [Yunani] bernama Josephus yang hidup dari tahu masehi 33 hingga ke 100, telah mengarang sebuah buku sejarah diberi nama bermaksud "Barang barang purba Bangsa Hebrew [Yahudi] di Jurusallem", dan menyebut nama Mount Ophir buat pertama kalinya didalam buku tulisannya. Perlu diingatkan juga yang sebenarnya, nama Ophir ini telah dahulu disebut dan dinyatakan didalam kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s . Yang mana tersebut didalam kitab ini bahawa logam emas banyak terdapat disuatu tempat bernama Mount Ophir. Bertepatan dengan sejarahnya bahawa Nabi Daud a.s ini ialah pakar segala logam dan besi dimasa itu.
Josephus menyatakan bahawa setelah Hiram, Raja negeri Tyre, menyediakan orang orangnya dari pada bangsa Finik (Phonesians) dan setelah Nabi Allah Sulaiman a.s, merestui pelayarannya, maka bertolaklah mereka dalam kekuatan dua buah kapal dari pengkalannya di Laut Merah, menuju arah keselatan hendak mencari tempat yang dikatakan dahulunya disebut Mount Ophir dan yang kemudiannya dikenali sebagai " Aurea Chersonesus"[1] bagi orang berugama Hindu.
Keterangan Josephus yang sedikit ini telah menimbulkan reaksi yang begitu hebat dikalangan seluruh bangsa-bangsa Barat, maklum sahajalah emas merupakan sejenis logam yang amat beharga. Merika ingin tahu dimanakah letaknya tempat yang bernama Ophir atau Aurea Chersonesus itu. Bagaimana pun usaha untuk mencari kepastian hanya telah dijalankan secara bersungguh-sungguh selepas bangsa Portugis menjadi kuasa besar didunia dalam abad ke 16.
Portugis telah mengaturkan langkah langkah untuk kajiannya di Afrika, Iraq, Arab, India, Sri Lanka, Sumatera , Filipina, Jepun , Indo China dan Tanah Melayu. Hasil dari kajian ini mereka telah membuat keputusan bahawa yang dikatakan Mount Ophir atau Aurea Chersonesus itu ialah sebuah gunung di satu tempat bernama " Malaka " dalam semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya pendapat mereka telah disampaikan kepada Raja mereka , King Manuel ll, kepada Paderi [Pendeta] besar mereka, Pope [Paus] di Rome, Italy. Antara lain, King Manuel ll menyatakan kepada Pope bahawa kepala perangnya, Alfonso de Albuquerque, telah beroleh kejayaan besar di India dan bahawa sekarang beliau sedang meneruskan kempennya disuatu tempat yang dahulunya di kenali sebagai Mount Ophir atau Aurea Chersonesus yang sekarang dikenali sebagai Melaka oleh kaum bumiputeranya. Sebagaimana sedia maklum pendapat Portugis ini telah diakui oleh seluruh dunia sebagai satu pendapat yang sah dan muktamat.
GUNUNG PURBA
Mount Ophir dikenali juga dengan nama " GUNUNG LEDANG " oleh kaum bumiputeranya. Hervey yang begitu berminat dalam membuat kajian sejarah setempat tidak dapat mempastikan apakah maksud nama Gunung Ledang. Kata beliau sungguhpun perbincangan tentang nama Gunung Ledang ini telah banyak didengarnya, namun belumlah didengarnya satupun yang meyakinkan dirinya.
Menurut beliau, pernah seorang ahli bahasa setempat menyarankan pendapat bahawa maksud nama Gunung Ledang itu ialah sebagai Gunung Purba. Malangnya bila ia diteliti secara mendalam didapati kesudahannya tidak siapapun sedia menerimanya sebagai suatu pendapat yang betul.
Menurut Hervey lagi, seterus nya bahawa Paderi Favre, pernah mengemukakan pendapatnya dalam kamusnya, bahawa maksud Ledang ialah membuka atau mengepak " Extended ". Ini ialah mengambil sempena diatas hal keadaan gunung ini yang membuka dan mengepak ke timur dan kebaratnya, namun begitu, tegas Hervey lagi sepanjang diketahuinya, adalah nama Ledang itu tidak merangkum semuanya mercu-mercu dalam banjaran gunung itu. Tetapi hanya tertentu sifatnya bagi puncak yang paling tinggi itu sahaja. Sedangkan kemuncak kemuncak yang lain itu tiap-tiap satu ada dengan namanya tersendiri saperti gunung Runduk dan Gunung Puteri. Walhasil kata beliau, perkara hendak mengetahui tentang pengertian nama Gunung Ledang ini bukanlah suatu perkara yang semudah dicakapkan, memandangkan hal sejarahnya yang cukup tua.
GUNUNG LEDANG DALAM SEJARAH CHINA ( GUNUNG KIM SUA )
Dari sejarah Melayu kita dapat tahu bahawa negeri Melaka telah mulai mempunyai hubungan dengan negara China dari sejak zaman Sultan Muzaffar Shah (1409). Hubungan ini menjadi semakin erat setelah Sultan Mansur Shah berhakwin dengan Puteri Li Po.
Dari Sumber China kita dapat tahu bahawa diantara tahun masehi 1405 hingga 1433 , Admiral Cheng Ho, atas arahan Rajanya, telah membuat sebanyak tujuh kali lawatan peninjauan kelaut-laut selatan China hingga sampai ke pulau Sri Lanka. Bahawa setiap kali pelayaran itu dilakukan beliau telah singgah ke Melaka dan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang. Bahawa beliau telah mengambil contoh contoh emasnya untuk pengetahuan Rajanya. Contoh-contoh emas Gunung Ledang itu hingga sekarang ada tersimpan dalam muzium kebangsaan Taiwan, dan nama Gunung Ledang yang dilapurkan oleh Admiral Cheng Ho kepada rajanya itu ialah Gunung Kim Sua bermaksud " Gunung Emas " atau gunung keemasan.
Diterangkan dalam kamus dewan, maksud Ledang ini ialah bahasa Jawa yang telah tidak dipakai lagi, beerti menunjuk-nunjukkan diri. Seseorang manusia misalnya yang suka memperlihatkan egonya itu dikatakan orang yang suka " Meledang ledang " . Gunung yang membangun tinggi daripada gunung gunung lain dikelilingnya dikatakan Gunung Ledang. Adalah besar kemunkinan bahawa pencipta nama ini ialah orang Majapahit yang telah berkuasa dirantau ini, sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Atas alasan ini dapatlah dikatakan bahawa maksud nama Gunung Ledang ini ialah Gunung yang tinggi.
Jan 2012
Artikel oleh Tok Kepau
=========================
Catatan Kaki oleh Admin:
[1] Bahasa Yunani:Aurea Chersonesus, Bahasa Sansekerta: Suvarnadvipa, selengkapnya silahkan baca DISINI