FB Kisah Sejarah Melayu - Benarkah Mazhab Al-Syafie menjadi pegangan dan rujukan Alam Melayu selama ratusan tahun ?
Kedatangan Islam di Kepulauan Melayu telah dibawa oleh para mubaligh dari Yaman & Parsi semenjak seribu tahun yang lampau lagi pada pertengahan Abad ke 6 masihi. Tapi apa yang saya nak fokus kat sini adalah berkenaan dengan :
MAZHAB IMAM SYAFIE yang menjadi pegangan tok nenek moyang kita semenjak ratusan tahun yang lalu, Jika mengikut kajian atau penemuan saya , mazhab imam Al-Syafie telah muncul seawal pada zaman Kesultanan Samudera-Pasai sewaktu pemerintahan sultan kedua yakni, Meurah Silu atau Sultan Malik al-Salih (1261-1289M).
Fakta ini diakui sendiri oleh Ibnu Batutah yang melawat atau singgah ke Pasai pada tahun 1345 Masihi yang menyebut bahawa raja dan rakyatnya menganut mazhab Al-Syafi’i. Di sana, beliau juga bertemu dengan dua orang ulama’ mazhab Al-Syafi’i iaitu Amir Ibn Sa’id al-Shirazi dan Taj al-Din al-Isfahani (Mahmud Zuhdi : 229).
Dan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Hukum kanun Undang-Undang Melaka juga berasaskan "Mazhab Imam Syafie" Segala perkara berkaitan munakahat, muamalat , jenayah dan sebagainya merujuk sepenuhnya pada kitab² fiqh al-Syafi’i seperti al-Taqrib (Abu Syujak), Fath al-Qarib (Ibn al-Qasim al-Ghazzi) dan Hashiyah ’Ala Fath al-Qarib (Ibrahim al-Bajuri) dan lain-lainnya.
Antara kitab yang dapat dikesan yang digunakan kerajaan² Melayu seperti Kesultanan Pasai, Kesultanan Aceh , Kesultanan Melaka dan lain-lainnya, adalah :
(1) Al-Dar al-Manzum karya Abu Ishaq Al-Syirazi (Ulama Mazhab Al-Syafie).
(2) Minhaj al-Tholibin karya Imam Al-Nawawi (Ulama Mazhab Al-Syafie).
(3) Ihya' Ulum al-Din karya Abu Hamid
Al-Ghazali (Ulama Mazhab Al-Syafie).
(4) Al-Azkar karya Imam Al-Nawawi (Ulama Mazhab Al-Syafie).
(5) Al-Majmuk - Sharah al-Muhazzab karya Abu ishaq Al- Syirazi (Ulama Mazhab Al-Syafie).
Berasaskan kitab-kitab tersebutlah, pengajian hukum Islam berorentasikan mazhab Syafie telah berkembang dengan baiknya. Malah pada zaman kegemilangan Kesultanan Acheh, Mereka telah menghantar banyak naskah kitab al-Sirat al-Mustaqim dan Bab al-Nikah kepada Kedah untuk disebarkan pada masyarakat tempatan.
Sementara di Minangkabau, mazhab Syafie telah tersebar melalui usaha Burhan al-Din, murid Abd al-Rauf al-Fansuri. Antara kitab yang terkenal di sana ialah Minhaj al-Talibin dan Fath al-Wahhab kitab karangan Shaikh al-Islam Abu Zakariyya al-Ansari (Ulama Mazhab Al-Syafie) .
Selepas abad ke-16, datang pula kitab Fath al-Mu’in karangan Zain al-Din al-Malibari juga seorang ulama bermazhab Al-Syafi’i yang datang dari Malbar India yang juga merupakan murid kepada Ibnu Hajar al-Haithami.
Selain itu, terdapat beberapa buah lagi kitab fiqh Syafi’iyyah yang sangat berpengaruh dalam penulisan karya Fiqh oleh beberapa ulama’ dan tok-tok guru tempatan. Antaranya ialah Minhaj al-Tullab karya Abu Zakariyya al-Ansari, Tuhfah al-Muhtaj dan Mukhtasar al-Fatawa karya Ibnu Hajar al-Haithami, Nihayah al-Muhtaj karangan al-Ramli, Mughniy al-Muhtaj karya al-Sharbini, al-Ghayat wa al-Taqrib oleh al-Ashfahani dan sebagainya.
Kitab-kitab berkenaan menjadi rujukan kepada penulisan fiqh yang diusahakan oleh tokoh ulama’ Melayu selama ratusan tahun, Antara mereka ialah Abdul Malik bin Abdullah atau dikenali sebagai Sheikh Tok Pulau Manis yang menulis kitab berjudul ”Risalah Naql” dan ”Kaifiyat al-Niyyat”, Muhammad Arshad al-Banjari, pengarang kitab ”Sabil al-Muhtadin”, Syekh Daud Fatani yang menulis kitab ”Furu’ al-Masa’il”, ”Muniyat al-Musalli”, ”Bughyat al-Tullab”, ”Idhah al-Bab”, ”Sullam al-Mubtadi”, ”Jawahir al-Saniyah” dan ”Fath al-Mannan”, dan juga Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani yang menghasilkan karya masyur beliau iaitu ”Matla’ al-Badrayn”.
Kesemua tokoh² ulama ini adalah bermazhab syafie , Itu baru sikit saya sebutkan, Merekalah menjadi guru di Alam Melayu ini di mana² pengajian, Bahkan orang arab, india, dan ulama lainnya pun bersungguh-sungguh nak mengaji ilmu dengan mereka. Terlalu banyak untuk disebutkan, Sepanjang pencarian saya mengenai tokoh² ulama di alam Melayu ini saya boleh katakan mereka semua bermazhab syafie.
Permasalahan mazhab pada zaman dulu tidak timbul, Kerana ketika itu jarum² halus atau dakyah Wahabi belum ada. Tokoh² wahabi hari ini berhujah dengan petah dan percakapan mereka dipercayai orang ramai, Berapa ramai yang terjatuh dalam perangkap mereka. Selama ratusan tahun Alam Melayu ini berpegang dan berpandukan Mazhab Al-Syafie.
*Ini bukan soal mazhab imam mana yang paling benar , Kesemuanya juga benar berpandukan Al-Quran Dan Sunnah. Masalahnya hari ini adalah bila ada individu yang mula mempertikaikan dan meninggalkan segala pendapat imam Syafie, Asbab dakyah tokoh² wahabi kat Malaysia ni. Mereka membuat orang ramai memandang mazhab syafie ini menyusahkan dan tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman kini. Malah mereka berani mengkritik Imam syafie dan mengatakan imam Syafie buat silap , Imam Syafie tak alim dalam bab hadis dan membuat banyak kesilapan dengan merujuk hadis dhaif.
BERHATI-HATILAH DENGAN DAKYAH PUAK WAHABI , LAMA KELAMAAN MEREKA INI AKAN MENJADI EKSTRIM . Lihat di arab saudi dah cukup , Berapa ramai darah umat islam yang mereka halalkan, berapa banyak makam² para ulama dan keluarga Rasulullah S.A.W yang mereka musnahkan dengan alasan merosakkan akidah sebab berziarah dan membaca Ayat suci al-quran di makam.
Kredit : Tengku Daeng Mawelle