MINANGKABAU ADALAH SUB-ETNIK MELAYU!
Disalin dari kiriman FB Misykat RahmanPertanyaan saya, apakah membuat seseorang menjadi Melayu? Kenapa Johor-Riau itu Melayu? Kenapa Palembang/Kelantan-Pattani/Kedah yang adat dan bahasanya 100% berbeza dengan Johor-Riau dianggap sebagai Melayu ?
Menurut Lembaga Adat Melayu, seseorang itu dianggap sebagai Melayu jika:
- Berbahasa MelayuBahasa Melayu memiliki banyak dialek. Ada Melayu Riau, Melayu Jambi, Melayu Sarawak dll. Lalu adakah Bahasa Minangkabau itu merupakan dialek Melayu ?
Berdasarkan penelitian yang dijalankan di Universiti Malaya tahun 2015 dengan Jurnal berjudul "Contact of Dialect Clusters: The Malay Peninsula and Sumatra", Bahasa Minangkabau memiliki kesamaan kata hingga 93% dengan Bahasa Melayu Piawai/Standar berdasarkan Daftar 200 Kata Swadesh. Bahasa yang memiliki kemiripan diatas 80% dikategorikan sebagai dialek dan bukan bahasa yang tersendiri.
Berikut tautan kepada penelitian tersebut di Open Journal of Modern Linguistic, 2015 jika anda ingin membaca versi lengkapnya, silahkan klik DISINI
- Mengamalkan Adat MelayuPasti anda sebagai orang Melayu Johor-Riau bingung kenapa saya sampai menyentuh bab adat.
Kalau anda orang Riau, pasti anda tahu Melayu Kuansing, Melayu Rokan Hulu dan Melayu Kampar.
Saya ingin bertanya, adakah mereka mengamalkan Adat Melayu sama seperti Melayu anda?
Kemudian adakah mereka menganut garis Patrilineal sama seperti Melayu lainnya?
Jawapannya adalah tidak! Melayu Rokan Hulu, Melayu Kampar dan Melayu Kuansing mengamalkan Adat Melayu yang bernama Adat Perpatih.
Menurut Lembaga Adat Melayu, terdapat dua jenis Adat Melayu yaitu Adat Temenggung (Diamalkan oleh sebagian besar Melayu) dan Adat Perpatih (Melayu Daratan, Negeri Sembilan dan Melayu Jambi Hulu).
Tahukah siapa pengasas kedua-dua adat itu? Tidak lain dan tidak bukan iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemenggungan.
Mereka berdua adalah Datuk Moyang orang Minangkabau dan ada ceritanya dalam Tambo Alam Minangkabau.
Orang Minangkabau sama seperti orang Melayu Daratan dan Jambi Hulu mengamalkan Adat Perpatih.
- Menganut Agama IslamSemua Orang Minang adalah Muslim dan jika keluar dari Islam maka keluar dari Minangkabau. Begitu juga Melayu, jika seseorang itu Murtad bererti keluar dari Melayu.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga argumen hujah tersebut, maka sudah jelas sekali bahwa Minangkabau adalah sub-suku/sub-etnik Melayu sama seperti Jambi, Palembang dll. Sungguh sempit sepertinya jika hanya menggambarkan Melayu sebatas hanya pada Riau Pesisir.
TAMBAHAN FAKTA:
Gelaran Adat di Minang hampir sama dengan Gelaran di Melayu pada umumnya. Di Minang tidak ada gelaran Raden, Ratu, Permas, Ayu, Adipati atau gelaran yg berbau Kejawaan seperti di Palembang atau Jambi:
Datuak : Datuk
Tan : Tan Seri
Sidi : Syed
Bagindo : Baginda
Tuanku : Tengku atau Tunku
Rajo Mudo : Raja Muda
Bandaro : Bendahara
Rajo Kaciak : Raja Kecil
Marajolelo : Maharaja Lela
Sutan : Sultan
Yang Dipertuan : Yang Dipertuan
Manti : Menteri
Dubalang : Hulubalang
Patih : Patih
Magek : Megat
Malin : Malim
Laksamano : Laksamana
Puan : Puan