Sumber Gambar: http://pusaka-naning.blogspot.com |
Disalin dari kiriman Kembara Tanah Baso
Sejak zaman-berzaman lagi, masyarakat
Melayu merupakan sebuah bangsa yang mempunyai sistem kosmologi yang
sempurna dalam konteks ekologi mereka
sehinggakan bangsa Melayu mampu membentuk peradabannya yang tersendiri.
Kisah permulaan raja-raja dan pemerintahan kesultanan Melayu sering kali
dikaitkan dengan unsur-unsur mistik, mitos, lagenda, sejarah serta
kesasteraan yang indah. Terdapat pelbagai versi kisah lagenda bangsa
Melayu bagaimana terjadinya sesebuah negara atau pemimpin berdasarkan
peristiwa-peristiwa tertentu yang dianggap menjadi sebuah perihal
penting dalam pensejarahan hikayat Melayu.
Naning merupakan sebuah kerajaan lama yang berusia hampir 700 tahun
dan mempunyai zaman kegemilangannya dipertengahan usia kerajaan ini
memerintah (Mohd Rosli 2007:01; Mohd Shah 2000:146; Shahba 1951:05).
Kerajaan Naning merupakan sebuah kerajaan yang diperintah seorang
pemimpin yang digelar Penghulu Naning atau Datuk Naning yang menyandang
gelaran Orang Kaya Seri Raja Merah atau Orang Kaya Seri Maharaja Merah
(Mohd Rosli 2007:10; Norhalim 1993:90; Mohd Shah 2000:177; Abdullah
Zakaria 1997:12; Zainal 1982:47; Musa 1982:164; Cave 1989:vii).
Pentakbiran dalam lingkungan wilayah Naning menggunakan Adat Perpatih sebagai ikutan dan tatacara kehidupan mereka seharian untuk berurusan dalam hal berkaitan keagamaan, undang-undang, pentakbiran, ekonomi, adat istiadat dan kekeluargaan kerana Naning dibuka oleh masyarakat Minangkabau (Mohd Rosli 2007:01). Justeru, masyarakat Naning mempercayai bahawa Datuk Perpatih Nan Sebatang merupakan Datuk Naning yang pertama dan individu yang bertanggungjawab dalam membuka wilayah Naning (Mohd Shah 2000:146; Shahba 1951:09; Mohammad Idris 1962:23). Baginda juga merupakan individu yang menyebarkan Adat Perpatih ke sembilan buah negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Naning, Rembau, Johol, Jelebu, Sungai Ujong, Jelai, Manchis (Hulu Pahang), Klang, dan Kersang (Segamat) (Mohd Shah 2000:489; Abdul Samad 1968:16).
Gambar sekadar hiasan.
RUJUKAN
Abdullah Zakaria Ghazali (1997), Sejarah Ringkas Naning, Malaysia daripada Segi Sejarah. Jurnal Sejarah Melaka. (2). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.
Abdul Samad Idris dkk, (1968) Negeri Sembilan dan Sejarahnya. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
Cave, Jonathan, (1989), History , Naning in Malacca. Edisi Pertama. Petaling Jaya: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS).
Mohd Shah Mohd Said (Hj), (2000), Tambo Alam Naning. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.
Musa Bulat, (1982) Pentakbiran di Masyarakat Naning: Dahulu dan Sekarang dlm Melaka Dahulu dan Sekarang, Khoo Kay Kim (peny.). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Negara.
Mohammad Idris dkk, (1962) Asal Usul Adat Perpatih. Edisi Pertama. Kuala Pilah, Negeri Sembilan: Malay Press.
Mohd Rosli Saludin (2009), Teromba: Sebagai Alat Komunikasi dalam Kepimpinan Adat Perpatih. Shah Alam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shahba (1951), Pusaka Naning. Sentosa Store: Kuala Pilah. (Teks Jawi).
Norhalim Ibrahim (Hj.), (1993) Adat Perpatih: Perbezaan dan Persamaanya dengan Adat Temenggung. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Zainal Kling (1982), Sejarah Adat Perpatih Wilayah Naning di Melaka, Melaka Dahulu dan Sekarang. 42 – 51. Khoo Kay Kim (peny.) Persatuan Muzium Negara: Kuala Lumpur.
_____________________________________
Disalin dari kiriman Kembara Tanah Baso
Pada hari Kamis 26 Rabiul Akhir 1441/ 20 Februari 2020