Pict: jektv |
FB Sarah Zakaria | Perlembagaan Melayu sebelum Kedatangan British. Apabila Raja Iskandar membuka Melaka, baginda mendirikan perlembagaan Melaka atau dinamakan juga istiadat negeri:
"Ialah yang pertama baginda berbuat menteri yang empat orang duduk di balai akan mengacarai dan berbuat, bentara berdiri di tapakan, empat puluh sebelah, akan menyampaikan barang suatu titah raja dan membuat segala anak tuan-tuan akan biduanda kecil, pekerjaannya akan membawa segala alat raja."
Bermula di bawah sepohon pokok di Sungai Bertam, peluasan jajahan Kerajaan Melayu Melaka dikatakan berlaku sejak pemerintahan Megat Iskandar Shah, Raja Melaka yang kedua. Apabila Raja Melaka menganut Islam, sistem politik menerima pengaruh ajaran Islam yang meletakkan kedudukan seorang raja pada posisi lebih kukuh. Raja dijunjung kerana baginda dianggap bayangan Allah SWT di atas muka bumi.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444) yang terkenal dengan keadilan, negeri Melaka bertambah besar, jajahan Melaka semakin meluas, arah Barat hingga Beruas Ujung Karang, arah ke Timur hingga Terengganu.
Sultan Muhammad Shah dikatakan mengemaskini adat istiadat negeri dan menitahkan Hukum Kanun Melaka. Baginda juga membangunkan struktur politik Kesultanan Melayu Melaka sehingga terkenal sebagai sebuah kerajaan berdaulat.
Menurut Abdul Aziz Bari:
"The state administration system and constitutionalism were already in place when the British set foot on the Peninsula in the late 18th Century. One evidence is the 15th Century Sultanate of Malacca’s constitutional document, the Malacca Code or Kanun Undang-undang Malacca."
Perhatikan itu, sebelum British menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, telah pun ada sistem pentadbiran dan perlembagaan yang dicipta oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Malah belum dikira lagi undang-undang yang diguna pakai sejak zaman Kedatuan Srivijaya yang menjadi empayar maritim terkenal satu dunia.
Oleh: Srikandi
...The Patriot
Dari page 446