FB زمزوري - Al-Jahiz iaitu Amr bin Bahr bin Mahboub al-Kinani (عمرو بن بحر بن محبوب الكناني) yang wafat sekitar 255 AH (868/869 CE) menulis berkenaan bangsa berkulit gelap dan cerah. Di dalam senarai bangsanya, ia menulis berkenaan keberadaan kerajaan Melayu Zabaj dan jajahannya yang meliputi dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari. Melayu disebut Amulla iaitu bermaksud panas. Kota Melayu adalah Legor. Kulah dan Kemboja disebut bersama-sama Zabaj di Masin dan jajahannya dari kepulauan (termasuk Sumatera) sehingga ke Kabul dan pesisir-pesisir laut (negeri di pesisir laut).
Terjemahan manuskrip al-Jahiz:
Kata mereka: Bangsa orang berkulit gelap (السّودان) lagi banyak dari bangsa orang berkulit cerah (البيضان), yang termasuk bagi berkulit cerah adalah parsi dan gunung-gunung dan Khorasan (خراسان), rom (الرّوم), Saqlabah (الصّقالبة), feranjih (فرنجة) (suku-suku Germania), dan lain-lain selepasnya yang hanya sedikit. Dan bangsa berkulit gelap (السّودان) termasuk Zanj (Xinjiang dan tanah sekitar Gurun Gobi) dan Abysinia (الحبشة), Fergana (Uzbekistan/Turkestan), berber, afrika utara dan selatan (القبط والنّوبة), afrika timur dan barat (زغاوة ومرر), Sindi dan Hindi, Kemboja dan Dabil (القمار والدّبيلا), Sin (Khitay Cina) dan Masin (Tangach Uyghur). Dan laut lebih besar dari tanah. Dan kepulauan di hujung benua al-Sin (Sin dan Masin) dipenuhi orang berkulit gelap seperti Sarandib (Sri Langka), Kulah (Kedah), Amulla (وأمل) (Melayu), Zabaj dan pulau-pulaunya menuju ke Hindi, menuju ke al-Sin, menuju ke Kabul (كابل) dan yang di pesisir-pesisir laut.
Teks manuskrip:
وقالوا: والسّودان أكثر من البيضان، لأنّ أكثر ما يعدّ البيضان فارس والجبال وخراسان، والرّوم والصّقالبة وفرنجة والأبر، وشيئا بعد ذلك قليلا غير كثير. والسّودان يعدّون الزّنج والحبشة، وفزّان وبربر، والقبط والنّوبة، وزغاوة ومرر، والسّند والهند، والقمار والدّبيلا، والصّين وماصين. والبحر أكثر من البرّ، وجزائر البحر ما بين الصّين والزّنج مملوءة سودانا، كسرنديب، وكله، وأمل، وزابج وجزائرها إلى الهند إلى الصين إلى كابل وتلك السواحل.
Sambung Al-Jahiz dalam penerangan bagi Zabaj:
Dan dikatakan bahawa rakyat Zabaj dan negeri-negeri dalam naungannya lebih dari separuh orang di dalam dunia ini.
Teks manuskrip asal:
فيقال: إن أهل الزابج وأغبابها أكثر من شطر أهل الأرض.