Gambar: londonpe |
FB Habidah Nordin - Seorang pahlawan Mindanao yang pertama, pahlawan ini merupakan seorang perwira
hebat
yang menentang penjajahan Sepanyol dan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-16. Pada bulan Mac 1521, seangkatan tiga buah kapal perang Sepanyol tiba di Cebu. Gerombolan perang Sepanyol ini disambut oleh pemerintah Cebu, Humabon atau Hamubon yang telah murtad. Mengikut sumber Sepanyol, Humabon dan beratus pengikutnya telah dipaksa dan berjaya dimurtadkan lalu dikristiankan. Humabon juga bersetuju menerima kehadiran Sepanyol.Ferdinand Magellan kemudian memaksa dengan kekerasan segala Datu-Datu Muslim yang berkuasa di pulau-pulau yang berhampiran menerima ajaran Kristian Katolik dan ketuanan Sepanyol.Para Datu ini juga dipaksa supaya segala kitab-kitab suci al-Quran dibakar, dan memadam nama-nama Islam serta mesti menerima Humabon sebagai ketua mereka.Tindakan dan kekerasan Sepanyol ini berjaya menakutkan sebahagian Datu di Cebu dan pulau-pulau berhampiran menuruti kemahuan Sepanyol.Segala Datu ini berasa gerun dan takut melihat kezaliman Kristian Sepanyol yang membunuh ramai muslim di pulau-pulau tersebut dengan membakar mereka hidup-hidup.
Walaupun begitu, seorang Datu di Pulau Mactan, yang bersetentangan dengan Pulau Cebu, tidak mahu tunduk pada paksaan penjajah kafir Kristian Sepanyol.Pulau Mactan mempunyai dua orang Datu pemerintah iaitu Datu Zula dan Datu Lapu-Lapu.
Magellan mengambil keputusan untuk menyerang Lapu-Lapu.Ketua armada perang Sepanyol ini bukan sahaja mahu ' mengajar ' Lapu-Lapu kerani berani menolak ajaran Kristian yang dibawanya malah menentang ketuanan Sepanyol, dalam masa yang sama Ferdinand Magellan mahu menjadikan serangan itu sebagai amaran keras kepada Datu-Datu yang lain jika berani bangkit menentang Sepanyol.Magellan juga menolak dengan angkuh tawaran bantuan askar dari Humabon tetapi mempelawa Humabon untuk menyaksikan soldadu-soldadu Sepanyol mengalahkan Lapu-Lapu dan pasukan perang Muslim Mactan.
Pada pagi 26 April 1521, Ferdinand Magellan bersama-sama 800 soldadu-soldadu Sepanyol berlepas ke Pulau Mactan.Humabon dan penduduk Cebu yang telah murtad ikut serta sebagai tetamu.Setelah Lapu-Lapu menolak tawaran terakhir Sepanyol untuk menerima ajaran Kristian Katolik, Magellan bersama-sama 690 soldadu-soldadu Sepanyol mendarat di tepi pantai Pulau Mactan.
Mengikut sumber Sepanyol, pada pagi itu air laut sedang surut dan ini menyebabkan kapal-kapal perang Sepanyol terpaksa berlabuh jauh di tengah laut.Datu Lapu-Lapu dan pasukan perang muslim Mactan telah siap-siaga menunggu di pantai.Pahlawan Lapu-Lapu membahagikan pasukan perangnya kepada tiga bahagian untuk menyerang dari arah kiri, kanan dan hadapan lawan, sebaik sahaja Ferdinand Magellan dan soldadu-soldadu Sepanyol sampai ke pantai.Setiap pasukan muslim Mactan terdiri daripada 300 orang sahaja.Oleh kerana serangan Lapu-Lapu dan pasukannya yang begitu kuat, Magellan memerintahkan soldadu-soldadunya lari ke kapal.Magellan berharap Datu Lapu-Lapu dan pasukan muslim mengejar hingga ke tengah laut dan meriam-meriam di kapal-kapal perang Sepanyol sedia untuk memuntahkan peluru ke arah pasukan pertahanan muslim Mactan.
Namun, disebabkan kebodohan dan keadaan huru-hara baju besi yang dipakai oleh soldadu-soldadu Sepanyol menjadikan pergerakan mereka terhad di dalam air yang sampai ke paras paha.Dalam keadaan perang yang amat sengit ini, Ferdinand Magellan telah berjaya ditetak bertubi-tubi oleh pasukan perang muslim Mactan.Magellan dan 413 orang soldadu Sepanyol telah dapat dibunuh dalam pertempuran tersebut dan yang lain sempat melarikan diri ke tengah laut.Pada esok harinya, atas permintaan soldadu-soldadu Sepanyol yang masih tersisa dan selamat, Humabon menghantar wakilnya berjumpa dengan Datu Lapu-Lapu.Wakilnya itu memberitahu Lapu-Lapu bahawa Sepanyol akan memberi apa sahaja yang diminta asalkan pahlawan itu memulangkan mayat ketua armada perang Sepanyol, Magellan.Tetapi permintaan ini ditolak oleh Datu Lapu-Lapu dengan beraninya pahlawan itu berkata bahawa mayat tersebut akan dijadikan kenangan kemenangan penduduk Pulau Mactan.
Cerita lisan penduduk di pulau ini megatakan pahlawan Lapu-Lapu tidak pulang lagi ke Pulau Mactan setelah belayar ke Makkah untuk mengerjakan rukun haji.
Negara Filipina telah mengangkat pahlawan ini sebagai tokoh pejuang yang menentang penjajahan di negara mereka.
Sumber : Sejarah Tokoh-Tokoh Pahlawan Bajau, Sulu Dan Orang Laut.