Disalin dari FB Aldyansyah Chaniago
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗮𝘀 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚.



𝘋𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘑𝘢𝘯𝘯𝘢𝘵𝘰𝘯,𝘋𝘢𝘵𝘶𝘬 𝘐𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘕𝘢𝘬𝘩𝘰𝘥𝘢 𝘉𝘢𝘺𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘕𝘢𝘬𝘩𝘰𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘗𝘢𝘨𝘢𝘳𝘶𝘺𝘶𝘯𝘨 𝘋𝘢𝘳𝘶𝘭 𝘘𝘢𝘳𝘢𝘳 𝘔𝘪𝘯𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘣𝘢𝘶.
Sejarah Pembukaan Pulau Pinang ,Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light sebaliknya adalah al-Marhum Tuan Haji Mohammed Saleh atau dikenali sebagai Nakhoda Intan Ibnu Al-marhum Nam Tunku Patis Batang. Nakhoda Intan yang berasal dari Kampung Buadi Payakumbuh, Sumatera Barat (Minangkabau), telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.
Malah pada tahun yang sama, Dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.
Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dari alam Melayu
" Datuk Janatun".
seorang tokoh bangsawan Pagaruyung Darul Qarar (Minangkabau), saudagar, dan tokoh perantau Minangkabau yang berpengaruh di wilayah Penang, Semenanjung Malaya. Ia merupakan pendiri (peneroka) awal pemukiman perantau Minangkabau di Batu Uban, pantai timur Pulau Penang pada abad ke-18
Datuk Janatun serta pengikutnya yang juga berasal dari PagarRuyung Darul Qarar (Minangkabau) mengusahakan Dan membangunkan Kawasan GELUGOR seluas kira-kira 40 Hektar (100 ekar).
Datuk Jannaton merupakan saudagar yang aktif dalam perdagangan lintas selat Malaka. Ia datang di Batu Uban pada tahun 1742. Datuk Jannaton kemudian mendapatkan penghargaan berupa seratus hektare tanah di Batu Uban, Pulau Penang, atas jasa dan bantuannya pada Sultan Kedah, yaitu Sultan Muhammad Jiwa yang memerintah dari tahun 1710 hingga 1778, dalam menghadapi serangan dari Kerajaan Siam yang dipimpin Raja Boromakot (Somdet Phra Chaoyuhua Boromakot), yang memerintah di Ayutthaya dari tahun 1732-1758. Serangan dari Siam tersebut akhirnya dapat dipukul mundur.
Keturunan Datuk Jannaton dikemudian hari berkembang dan tersebar di Malaysia, Singapura, Australia,Brunei Darussalam,Indonesia dan berbagai negara lainnya. Banyak diantaranya menjadi tokoh-tokoh yang dikenal masyarakat, seperti Presiden Singapura pertama, Tun Yusof Ishak, mantan Menteri Pertanian pertama Malaysia, Aziz Ishak, Duta Besar Singapura, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Hakim Persekutuan, Datuk Wira Wan Yahya Pawanteh serta tokoh seperti mantan Ketua Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa Bangsa (PBB) serta Presiden Majelis Umum PBB, Tan Sri Razali Ismail, mantan Kepala Polisi Negara Malaysia, Tan Sri Bakri Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zulhasnan Rafique.
Sebenarnya Rombongan Francis Light menjumpai Pulau Pinang secara tidak sengaja apabila rombongan beliau Dari Phuket,Thailand kehabisan sumber air bersih Di Selat Pulau Pinang.. Masyarakat hari ini mungkin tidak tidak mengetahui yang sejarah pembukaan Pulau Pinang dipenuhi pelbagai polemik, drama tipu-helah, muslihat dan peperangan antara British dengan Kedah.
Dan apabila dia mendapati Pulau Pinang adalah kawasan yang sesuai untuk pelabuhan , Francis Light terus ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk berbuat sedemikian.
Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.
Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan Kedah.
Sebelum abad ke-18, Pulau Pinang terletak di bawah jajahan Kedah sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, Tipu muslihat Francis Light menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British. Fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan kita kerana penjajah menyembunyikan sejarah sebenarnya.
Berapa banyak fakta Sejarah agaknya yang telah dimanipulasikan disembunyikan dan diputarbelit oleh penjajah , Malah Di dalam buku teks sejarah kat sekolah yang digunakan oleh semua murid kat malaysia juga banyak sejarah yang palsu.
Sumber2 dari :
*Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.
*Malaysia Tourism.
*Penang History.
*Sejarah Negeri Kedah.
Baca Juga: