Tampilkan postingan dengan label rao. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rao. Tampilkan semua postingan

Perihal Orang Raub di Pahang

Picture: wikwand

SEJARAH ORANG RAUB, ASAL ISTANA PAGARUYONG, SUMATERA

(ada yg menetap diPahang, Selangor dan Perak)
SEJARAH EMAS DIRAUB
Bingkisan Sejarah Raub
Bilakah nama "RAUB" mula muncul ?
Kawasan yang bernama "Raub" di Pahang adalah salah satu daripada tempat di Pahang yang kaya dengan bijih timah dan bijih emas sejak zaman dahulu lagi. Daerah Raub dahulunya tidak terdiri sendiri tetapi adalah sebahagian jajahan Lipis atau Hulu Pahang yang luas dan subur. Berdasarkan cerita orang tua-tua dahulu asal-usul nama daerah istimewa ini berpunca daripada perbuatan orang Melayu yang "meraub" atau mengaut emas dari tebing sungai dengan begitu mudah sekali dengan hanya menggunakan tangan kosong kerana banyaknya kandungan emas yang terbenam di bumi Raub. Ketika itu salah satu tapak yang mengandungi banyak sekali emas ialah di kawasan Padang di kaki bukit Rumah Rehat Raub yang dahulunya kawasan berair dan menjadi laluan angkatan bergajah para peniaga dari Hulu Pahang menuju ke Kuala Kubu, Selangor. Namun tidak begitu jelas bilakah sebenarnya nama Raub itu wujud secara rasmi.