Ilustrasi Foto: hmetro |
LAFAZ KERAMAT DI BETING BERAS BASAH
Peristiwa yang berlaku di Beting Beras Basah, tidak terpisah dengan lafaz keramat ini. Sehingga kini keturunan terpilih itu mewarisi sejarah tersebut. Sila hayati video yang disertakan disini. Apakah maksud disebalik lafaz itu?
"Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ULAR SAKTIMUNA, Perpisahan Beta Di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat Lepaslah sekalian malapetaka."
Penuh dengan maksud yang tersembunyi? They'Pakata ia seakan kata mentera? Sesungguhnya pengkisahan sejarah di alam semenanjung emas ini hebat & penuh misteri sekali.
Disalin dari kiriman FB: Khoirul al Patalangi
Bermulanya sebuah sejarah... .
Sekongkong tanah MinangkabauSelilit Pulau PercaDi lengkung ular SaktimunaPerpisahan Beta di Selat MelakaJika sah beta Raja BerdaulatLepaskan sekelian malapetaka
Ini merupakan bait-bait kata yang dilafazkan Raja Muzaffar Shah yang disarankan pawang diraja sewaktu bahtera yang dinaiki baginda tersangkut di sebuah beting dan tidak dapat meneruskan perjalanan mudik ke hulu Sungai Perak. Syukur kepada-Nya, baginda berjaya melepasi halangan tersebut.
Seiring perkembangan masa yang mewujudkan kesedaran beragama, peranan pawang kini digantikan agamawan. Buktinya Sultan Perak kini menitahkan bacaan Al-Quran diperdengarkan dalam setiap majlis rasmi istana dan kerajaan negeri.
Daulat!!
Disalin dari kiriman FB: Kesultanan Perak
Baca juga:
- Sulthan Muzaffar Shah I - geni.com
- Sulthan Muzzafar Shah - nissan aceh
- Zaman Kesultanan Melayu Perak - kesultanansebenar.blogspot