Negeri-negeri Semenanjung Bagian Utara

Sumber Gambar: https://www.google.com
Gambar Raja-raja di Negeri-negeri Kecil Patani dan Setul:
Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman Sharifuddin Syah (1899-1902) Raja Patani terakhir
Sumber: https://www.facebook.com


1. Seandainya Singgora dan Patani tidak berperang sesama sendiri sebaliknya berpadu usaha dan bekerjasama untuk menentang musuh sebenar yang sama iaitu Siam (Ayutthaya), mungkin Negeri Melayu Singgora masih lagi dapat wujud sehingga penghujung abad ke-19.


Tiba, Chenok, Nawi dan Sebayu juga tidak akan ditawan oleh Siam di Singgora dan kemudiannya diasingkan daripada Negeri Patani pada tahun 1786.
Sumber Gambar: https://www.facebook.com
2. Mungkin daerah

3. Seterusnya mungkin Patani tidak akan dipecah-pecahkan oleh Siam menjadi tujuh (7) buah negeri-negeri kecil pada tahun 1817 bagi tujuan melemahkannya.

4. Mungkin daerah Tabal masih kekal menjadi sebahagian daripada Negeri Kelantan pada hari ini.

5. Selanjutnya mungkin Negeri Kedah juga tidak dapat dipecah-belahkan oleh Siam, manakala Setul, pulau Terutau serta daerah Sendawa (sebahagian daripada wilayah Negeri Kubang Pasu) masih kekal menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.

6. Jika sahaja semua Negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu, dari selatan hingga ke utara bersekutu menjadi satu kuasa selepas kejatuhan Melaka, nescaya kuasa Siam dan Burma di belah atas bisa kita tandingi. 

7. Tetapi nasi telah menjadi bubur, yang dapat dibuat hanyalah mengambil teladan berdasarkan sejarah yang telah pun berlalu.

Ikuti novel sejarah Perang Patani-Singgora karya saudara Isma Ae, anak jati Melayu Patani yang bakal terbit.


________________________________
Diteribitkan oleh: Ibnu Rusydi
Tanggal: 24 September 2019


Tidak ada komentar:

Posting Komentar