Ilustrasi Gambar: Uni-Due
Katakan tidak pada sifat provokasi..
Kepada Malaysia, Brunei dan Indonesia, kepada sesetengah rakyatnya dan netizennya yg suka membuat provokasi dari segala perkara.
Aku bukan nak bela siapa-siapa, aku hanya nak beritahu kita serumpun, mempunyai bahasa yang hampir sama, tinggal di benua yang sama, berkongsi budaya yang sama, terdiri dari bangsa yang sama, mempunyai sejarah yang sama, pernah mempunyai sultan dan raja (Brunei dan Malaysia masih ada raja), memegang majoriti agama yang sama (Islam).
Jadi buat apa kita bergaduh semata-mata benda yang tak jelas, dahulunya kekuasaan kita menjangkaui hampir keseluruhan Asia Tenggara bermula dari Selatan Thailand hingga ke Selatan Filipina, dari Selatan Vietnam hingga ke kepulauan Indonesia.
Dahulunya kita merupakan satu bangsa yang termasyhur, dijunjung dan dihormati dengan adab pekerti. Tapi sayang kita dipisahkan oleh sempadan yang dilakar penjajah, kita berpecah kesannya, bangsa kita diremehkan, dicela dan direndahkan oleh orang luar
Orang Melayu Patani sehingga kini didiskriminasi oleh Thailand, orang Melayu Champa telah hilang dari peta dan dunia. Oleh itu janganlah kita menabur garam di luka yang parah. Kita bangsa serumpun, biar dipisahkan sempadan negara, tapi jangan dipisahkan bangsa. Kita bangsa serumpun jangan bermusuhan..
Saya mengajak/menjemput warganegara BRUNEI, MALAYSIA DAN INDONESIA (dan beberapa bangsa Melayu di luar sana) supaya kita berdamai dalam segala hal. Bermula daripada adat hingga budaya. Apa hasil yang kita dapat dari pergaduhan ini??
Orang luar bertepuk tangan melihat pergaduhan sesama bangsa. Kekayaan, kemewahan, kekuatan jangan dibezakan, kerana kekayaan dan kemewahan merupakan satu fitnah akhir zaman. Lihatlah di Arab, lihatlah Palestin. Kerana Bangsa Arab tidak bersatu Palestin menjadi mangsa. Belajarlah dari kesilapan yang dilalui bangsa lain. Kita perlu mengeratkan lagi tali persaudaraan kita, demi kebaikkan bersama.