Sumber Gambar: https://scontent.fkno3-1.fna.fbcdn.net |
Tuanku Klai : Pembesar Melayu-Islam Yang Dijadikan Objek Sembahan Bukan Islam di Ligor:
1. Baca dahulu catatan terdahulu mengenai Phraya Ram Decho (Tuanku
Wan), Melayu-Islam berketurunan Raja Kedah (Saiburi) yang memerintah
Ligor berdasarkan catatan rasmi di Klai, Tha Sala District :
2. Berdasarkan catatan rasmi di Klai, sewaktu tentera Ayutthaya
mengepung Ligor, tiga (3) orang anak-anak Phraya Ram Decho iaitu Tuanku
Had, seorang anak perempuannya dan Tuanku Klai telah berundur ke hutan
untuk menyelamatkan diri menuju ke Ban Wang Lao buat sementara waktu dan
kemudian meneruskan perjalanan bagi mencari sungai besar iaitu Khlong
Chum Khan.
3. Apabila keadaan telah aman, mereka menuju ke Ban
Chan Por dan membina kota. Memandangkan kawasan berkenaan kekurangan air
bagi tujuan pertanian dan ternakan, mereka terpaksa menggunakan air di
Khlong Pak Ram, bertentangan Ban Tap Sai.
4. Terdapat seorang
orang penting yang merupakan ketua dan orang kaya di sana dan dia
kemudian mengadu kepada Gabenor Ligor yang baru dengan menuduh bahawa
Tuanku 3 bersaudara disyaki merancang untuk memberontak dengan
mengumpulkan ramai orang untuk mengambil alih kota dan meminta supaya
dibanteras lebih awal.
5. Tentera Ligor kemudian datang
menyerang. Bilangan pengikut Tuanku 3 bersaudara adalah sedikit tetapi
mereka melawan dengan gigih. Tuanku Had walaubagaimanapun meninggal
dunia dalam pertempuran berkenaan.
6. Tuanku Klai bersama saudara
perempuannya kemudian memimpin kumpulan mereka untuk berundur ke
Chaiyaphum dan selanjutnya ke Sa Kaeo. Sewaktu Tuanku Klai berada di Sa
Kaeo, beliau mempunyai 2 orang isteri yang bernama Montha dan Yaa.
7. Tuanku Klai juga mempunyai ramai rakan-rakan dan pengikut yang
Muslim dan menggunakan nama awalan ‘Tuan’ yang popular pada masa
tersebut.
8. Kemampuan Tuanku Klai dari segi pengetahuan dan ilmu
kebatinan adalah tinggi menyebabkan penduduk setempat menghormatinya
dan pengikutnya kemudian semakin bertambah.
9. Berita ini
didengari Gabenor Ligor yang kemudiannya menghantar sekali lagi tentera
untuk menundukkan Tuanku Klai. Apabila angkatan tentera tiba,
pertempuran tercetus. Tuanku Klai meneruskan pertempuran hingga ke malam
sebelum dapat melepaskan diri dan hilang selama seminggu. Jenazahnya
kemudian dijumpai oleh seorang muslim bernama Hwa Lee terapung di muara
tetapi ajaibnya keadaan jenazahnya masih elok tanpa mereput.
10.
Beliau kemudian dikebumikan di dalam sebuah kanal berhampiran muara.
Tanah perkuburannya dikatakan telah terhakis oleh arus air lebih 50
tahun yang lalu.
11. Manakala saudara perempuannya pula ditangkap
dan dibawa kepada Gabenor Ligor. Gabenor Ligor kemudiannya
menjadikannya sebagai isteri. Saudara perempuannya ini kemudiannya
meninggal dunia ketika hendak melahirkan anaknya yang juga turut
meninggal dunia di dalam perut. Beliau dikebumikan berhampiran kubur
abangnya, Tuanku Had.
12. Disebabkan ketokohan dan kisah
keajaiban Tuanku Klai, terdapat masyarakat bukan Islam yang mula
memujanya biarpun Tuanku Klai diketahui merupakan seorang muslim. Namun
begitu, patung Tuanku Klai yang ada sekarang tidak menggambarkan wajah
sebenar beliau kerana beliau telah lama meninggal dunia dan tiada siapa
tahu bagaimanakah wajah sebenarnya. Patung yang dibina sekarang adalah
berdasarkan wajah Chuen Ngeon Siam yang telah menyeru semangat Tuanku
Klai sebelum ini.
13. Nama Klai sub-distict yang wujud di daerah Tha Sala sekarang juga dikatakan diambil bersempena dengan nama Tuanku Klai.
__________________________________
Disalin dari kiriman facebook Ibnu Rusydi
pada 21 februari 2020